Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017|SEDIA maklum bagi anda yang mahu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk balik kampung atau bercuti bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017 tidak lama lagi bakal kunjung tiba, anda disarankan untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Untuk pengetahuan anda, Hari Raya Aidilfitri akan disambut oleh semua penganut agama Islam di seluruh dunia jatuh pada hari Ahad bersamaan 25 Jun 2017.

Sehubungan itu, pihak PLUS telah mengeluarkan satu jadual cadangan waktu perjalanan atau Time Advisory Travel (TTA) bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Berikut dikongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS dari 21 Jun sehingga 3 Julai 2017 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 seperti berikut:

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Tawaran Rebat Tol 30 Peratus

Bagi pengguna lebuhraya, Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna lebuhraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

“Rebat tol 30 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari selama enam hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan dan pada masa yang sama, menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuhraya PLUS,” kata Pengarah Urusan, Datuk Azman Ismail.

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter plus trafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PlusLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih dan laporan trafik terkini yang disiarkan menerusi televisyen dan radio.

Semoga bermanfaat! Hati-hati dijalan raya!

No comments

Powered by Blogger.