Panduan Pemasangan Dekoder MYTV



Panduan Pemasangan Dekoder MYTV|ADAKAH anda tahu tentang dekoder MYTV? Apakah itu MYTV? Bagaimana cara pasang dekoder MYTV dan cara pembeliannya? MYTV adalah merupakan satu sistem pemancaran Digital Terrestrial Television (DTT) dengan format DVB-T2. Stesen pemancar dipasang di kawasan tinggi iaitu puncak gunung atau menara tinggi untuk mendapat liputan pemancaran maksima dengan menggunakan gelombang Ultra High Frequency (UHF).

Panduan Pemasangan Dekoder MYTV

Dekoder diperlukan di rumah anda untuk menukar signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Panduan Pemasangan Dekoder MYTV

Berikut adalah dikongsikan panduan memasang dekoder MYTV:

1. Pertama kali, anda perlu mempunyai Dekoder bertanda DVB T2

2. Perlu ada antena digital jenis tulang 14E atau 5E atau yang sesuai

3. Kemudian, pasang antena dan arahkan ke arah pemancar mytv terdekat. Sambung kan kabel putih dari antena ke dekoder dvb t2

4. Pasang juga kabel HDMI dari dekoder dvb t2 ke TV LCD atau jenis biasa

Panduan Pemasangan Dekoder MYTV

5. Apabila semua sedia 'ON' suis dekoder. Guna remote dan tekan pilihan menu.

6. Setkan CH45 untuk MYTV Malaysia atau 666mhz

7. Jangan lupa adjust antena supaya signal quality mencapai kualiti gambar terbaik sehingga 100%. Jika tak dapat 85%, signal kawasan anda belum baik lagi atau terhalang.

8. Selepas anda dapat signal keluar menu di remote dan terus anda boleh menonton MYTV.

Semoga bermanfaat!


No comments

Powered by Blogger.