SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online



SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online|KINI, ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah boleh membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Apa itu sistem SAPS? SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.

Artikel berkaitan:
👉SAPS Semakan Ibu Bapa Online
👉 eMKOKO - Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online

SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

SAPS menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk Sekolah Rendah manakala bagi Sekolah Menengah disediakan untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut dikongsikan Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa:

1. Pertama kali, anda pergi ke pautan
    seperti berikut:
KLIK 👉 http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2. Sila masukkan 'No. Kad Pengenalan' 
    atau 'Sijil Lahir Pelajar'.


SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

3. Pilih samada Sekolah Rendah atau 
    Sekolah Menengah dan pilih Tahun
    peperiksaan.

4. Masukkan kod pengesahan (Captcha)
    seperti tertera di paparan anda.

5. Klik pada butang 'Semak' dan keputusan
    peperiksaan akan terpapar di screen
    anda.

Semoga kemudahan semakan SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak!

No comments

Powered by Blogger.