SAPS Semakan Ibu Bapa Online



SAPS Semakan Ibu Bapa Online|APA itu Sistem SAPS Ibu Bapa? Sistem SAPS Ibu Bapa memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar secara online. Kewujudan Sistem SAPS telah memudahkan ibu bapa menyemak prestasi keputusan anak-anak mereka.

Artikel berkaitan:
SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Keputusan dan Jenis Peperiksaan Yang Boleh Disemak

Berikut dikongsikan keputusan dan jenis peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS:

Keputusan Sekolah Menengah:
  • Tingkatan 1-5
Keputusan Sekolah Rendah:
  • Rendah 1-6
Berikut dikongsikan jenis peperiksaan yang boleh disemak:

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

1. Ujian 1
2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
3. Ujian 2
4. Peperiksaan Akhir Tahun
5. Trial Exam (UPSR, PT3 dan SPM)

Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

1. Anda perlu login ke laman web:
http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau        
    Sijil Lahir Pelajar

3. Pilih samada Sekolah Rendah atau 
    Sekolah Menengah. Kemudian, pilih
    Tahun Peperiksaan

4. Klik pada butang 'Semak'

5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak
    samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan
    Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan
    Trial Exam

6. Kemudian, klik pada 'Papar Slip 
    Keputusan'

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5
-18 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017

2. Peperiksaan Percubaan

Tahun 6: 20 Julai hingga 18 Ogos 2017
Tingkatan 5: 14 September hingga 6 Oktober 2017

3. Peperiksaan Akhir Tahun

Tahun 5/ Tingkatan 4
-2 November hingga 24 November 2017

Semoga perkongsian ini dapat membantu Ibu Bapa memantau prestasi keputusan peperiksaan anak-anak!

No comments

Powered by Blogger.