Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online dan SMS



Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online dan SMS|KINI, dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang berkembang dengan pesat. Anda tidak perlu risau semua maklumat boleh dicari hanya dihujung jari sahaja. Untuk makluman anda, kini saman trafik PDRM dan JPJ boleh disemak secara online dan melalui SMS.
Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online dan SMS

Terdapat dua cara semakan saman trafik PDRM dan JPJ boleh dibuat samada secara online atau melalui perkhidmatan SMS.

Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara semakan saman trafik PDRM dan JPJ secara online:

A) Semakan Secara Online

Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MYEG

1. Anda perlu masuk ke laman
    web menerusi pautan
    di https://www.myeg.com.my

2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu
    sebelum menggunakan perkhidmatan
    ini.

3. Anda perlu login menggunakan 'Nama 
    Pengguna' dan 'Kata Laluan'.

4. Pilih semakan saman yang anda ingin
    dilihat.

5. Anda boleh membuat bayaran saman.

Semakan Saman Melalui Rilek e-Services

1. Anda perlu masuk ke laman web https://www.rilek.com.my/rmp/summons-inquiry

2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini

3. Login memggunakan 'Nama Pengguna' 
dan 'Kata Laluan'

4. Klik pada menu dropdown 'Search By'
dan pilih kaedah semakan

5. Masukkan maklumat diminta dan tekan
butang 'Next'

Semakan Saman Melalui JPJ

Disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikhaskan kepada saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

1. Anda perlu masuk ke laman web http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis

2. Pilih samada semak 'No. ID' sahaja atau
No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan

3. Pilih Kategori ID

4. Isikan No. ID dan No. Pendaftaran 
Kenderaan beserta dengan 'Captcha'

5. Klik pada butang 'Semak' dan akan
terpapar keputusan semakan saman
anda

B) Semakan Melalui SMS

i. Semakan Saman PDRM

1. Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan Hantarkan ke 15888 atau 32728

ii. Semakan Saman JPJ

1. Taipkan:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan Hantarkan ke 15888

Artikel Berkaitan:
👉 Cara Bayaran Saman Trafik PDRM

Selamat membuat semakan saman trafik PDRM dan JPJ secara online!

No comments

Powered by Blogger.