Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf

Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf|UNTUK makluman anda, bagi lepasan STPM/Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2017 /2018, tarikh semakan keputusan UPU boleh dibuat mulai 3 Ogos 2017.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf

Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke UA untuk sesi akademik 2017/2018 bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online atau SMS mulai dari tarikh 3 Ogos 2017.

Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah:

Saluran 1: Portal UPU
Saluran 2: Portal UMS
Saluran 3: Portal UTM
Saluran 4: Portal UUM
Saluran 5: Portal UNIMAS

Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara SMS

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan permohonan UPU melalui SMS bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat mulai pukul 12:00 tengahari pada 3 Ogos 2017.

Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No. KP] dan Hantar ke 15888

Contoh: UPU  RESULT  981114035243
Hantarkan SMS ke 15888

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Universiti Awam masing-masing. Pengesahan setuju hendaklah dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan diumumkan.

Permohonan Rayuan ke UA

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan. UPU Online e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja bermula dari hari keputusan tawaran diumumkan iaitu 3 Ogos hingga 7 Ogos 2017.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Semoga calon yang memohon berjaya mendapat keputusan kemasukan UA sesi 2017/2018!

No comments

Powered by Blogger.