Permohonan Kemasukan ILKBS Sesi Januari 2018 Online

Permohonan Kemasukan ILKBS Sesi Januari 2018 Online|KEPADA anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini anda boleh membuat permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN, IKTBN dan AKBG) Sesi Januari Tahun 2018 secara online.  Permohonan dibuka mulai 4 Oktober 2017 sehingga tarikh tutup 8 November 2017.

Artikel berkaitan:
Permohonan Kemasukan ILKBS Sesi Januari 2018 Online

ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan Kemasukan ILKBS Ambilan Sesi Januari 2018 Online

Berikut dikongsikan permohonan kemasukan ke ILKBS ambilan sesi Januari 2018 secara online:

1.  Anda perlu pergi ke laman portal melalui Aplikasi eKAMPUS seperti berikut:
KLIK: Sistem eKampus

Syarat Umum Permohonan Kemasukan ILKBS

Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ILKBS:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Pemohon berusia 18-30 tahun
  4. Belum berkahwin atau bujang
  5. Sihat tubuh badan
Program Yang Ditawarkan di ILKBS
  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1-5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga
Maklumat Kemasukan ILKBS Sesi Januari 2018

Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting kemasukan ILKBS sesi Januari 2018:

1. Sistem Permohonan ke ILKBS Dibuka dan     Ditutup: 4 Oktober - 8 November 2017
2. Panggilan Temuduga: 15 - 16 November 
    2017 (untuk permohonan temuduga 
    sahaja)
3. Semakan Keputusan Kemasukan ILKBS 
    Sesi Januari 2018: 29 November 2017
4. Permohonan Rayuan: 29 November 2017     hingga 13 Disember 2017
5. Semakan Keputusan Rayuan: 20     
    Disember 2017
6. Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Januari 
    2018: 3 Januari 2018

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03-88713651, 3652, 3653, 3646 & 3685.
Semoga berjaya kepada calon yang membuat permohonan kemasukan ILKBS sesi Januari 2018!

No comments

Powered by Blogger.