Permohonan Matrikulasi Sesi 2020/2021 Online



Permohonan Matrikulasi Sesi 2020/2021 Online|ADAKAH anda berminat menyambung pengajian ke institut Matrikulasi sesi 2020/2021? Menerusi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Matrikulasi KPM 2020 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibuka secara online mulai 1 Julai hingga tarikh tutup 30 November 2018.


Permohonan Matrikulasi Sesi 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Matrikulasi sesi 2020/2021:

1. Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Matrikulasi hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan dibawah:
KLIK 👉 Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

2. Pemohon perlu mendapatkan nombor (PIN) stodgy dahulu dengan membayar RM6.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Syarat Permohonan dan Kelayakan Minimum

Berikut dikongsikan syarat permohonan dan kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi:
  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2017
  • Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2017
A) Jurusan Sains

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B) Jurusan Perakaunan

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C) Aliran Teknikal

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan

Artikel berkaitan:
👉 Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi Sesi 2020/2021

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi sesi 2020/2021!

No comments

Powered by Blogger.