Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS|ADAKAH anda pernah membuat pinjaman PTPTN untuk menyambung pengajian? Seperti sedia maklum, anda perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN setelah anda bekerja bagi membolehkan pelajar lain dapat kemudahan PTPTN untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA). Sebagai peminjam PTPTN, anda kini boleh membuat semakan baki PTPTN secara online dan SMS.

Artikel berkaitan:
Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Sudahkah anda melunaskan hutang PTPTN anda? Kalau anda tidak membayar hutang PTPTN, nama anda akan 'Blacklist' oleh mana-mana bank.

Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan baki PTPTN secara online dan melalui SMS:

A) Semakan Secara Online

1. Anda perlu layari laman web rasmi
    PTPTN seperti berikut:
KLIK: 👉 www.ptptn.gov.my

2. Klik ikon 'Penyata Pinjaman' pada link
    berikut:
KLIK: 👉 epay.ptptn.gov.my/penyata

3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. 
    Pinjaman PTPTN. Tekan pada butang
   'Semak'.

4. Baki PTPTN anda akan tertera di paparan
    anda.

B) Semakan Melalui SMS

1. Taipkan:
PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No. Pin dan Hantar ke 15888

Cara Hubungi

Untuk makluman lanjut, sila dapatkan No. Pin atau No. Pinjaman dengan menghubungi talian hotline PTPTN di 03-2080 4455.

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat semakan baki pinjaman PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.