Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2018|BILAKAH tarikh bayaran bonus kakitangan awam tahun 2018? Untuk makluman anda, bagi kakitangan awam bakal menerima sejumlah RM 1,500 sebagai bayaran khas yang akan dibayar pada awal Januari 2018. Kebelakangan ini pihak kakitangan kerajaan hanya menerima bayaran khas sebanyak RM 500 sahaja.|Panduan Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018

Artikel berkaitan:
👉 Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2018 Belanjawan Malaysia
👉 Jumlah Bantuan BR1M 2018 Bagi Semua Kategori

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Seperti mana Bajet 2018 Belanjawan Malaysia yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017 yang lalu. Pemberian bayaran khas sebanyak RM 1,500 bagi kakitangan kerajaan manakala pesara kerajaan bakal menerima sebanyak RM 750.

Jumlah Bayaran Khas

1. Kakitangan Awam : RM 1,500 (Tahun
    lepas RM 500)
2. Pesara Kerajaan : RM 750 (Tahun lepas
    RM 250)

Tarikh Bayaran Bonus/ Bayaran Khas 2018

Berikut dikongsikan tarikh bayaran bonus bagi kakitangan awam dan pesara kerajaan tahun 2018:

Tarikh Pembayaran Pertama:
👉  RM 1,000 pada 8 Januari 2018

Tarikh Pembayaran Kedua:
👉 RM 500 menjelang Hari Raya Aidilfitri
      2018

Bagi pesara kerajaan bakal menerima sebanyak RM 500 bagi pembayaran pertama pada 8 Januari 2018 manakala pembayaran kedua sebanyak RM 250 dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018.

Semoga perkongsian tarikh bayaran bonus kakitangan awam ini dapat memudahkan anda membuat jadual perbelanjaan!

No comments

Powered by Blogger.