Borang Permohonan eBR1M 2018 Online

Borang Permohonan eBR1M 2018 Online|PEMBERIAN Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan rakyat bakal diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan dikekalkan kadar bantuan kewangan sepertimana diumumkan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018
👉 Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Borang Permohonan eBR1M 2018 Online

Borang Permohonan eBR1M 2018 Online

Berikut dikongsikan informasi tentang syarat kelayakan, jumlah bantuan diterima dan cara permohonan eBR1M secara online:

◾ Permohonan baru online dan kemaskini BRIM 2018 akan dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

◾ Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari hingga 13 Januari 2018.

◾Pastikan maklumat yang dihantar betul dan tepat, setelah maklumat dihantar pembetulan tidak akan dapat dibuat, sebarang kesalahanan akan menyebabkan permohonan ditolak, dan terpaksa ditunda ke fasa rayuan.

◾Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Permohonan BR1M 2018 Manual (Guna Borang)

◾ Borang permohonan BRIM 2018 boleh didapati melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan dan muat turun di portal rasmi e-BR1M.

◾ Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan sempurna boleh dihantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC, Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh tutup.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2018:

◾Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
◾Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
◾Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
◾Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
◾Tidak termasuk pelajar yang diberi Kad Debit Pelajar

Kategori Penerima dan Tarikh Pembayaran BR1M 2018

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di
    bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah  
    Bantuan RM1200

◾Daftar Borang eKasih
◾Ansuran Pertama : Februari 2018 - RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
◾Ansuran Kedua : Jun 2018 - RM400 (RM250 : 28 April 2016)
◾Ansuran Ketiga : Ogos 2018 - RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri)
◾Ansuran Keempat : Tiada(RM250 : 28 September 2016)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k :
    Jumlah Bantuan RM1,200

◾Ansuran Pertama : Februari 2018 - RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
◾Ansuran Kedua : Jun 2018 - RM400 (RM250 : 28 April 2016)
◾Ansuran Ketiga : Ogos2018 - RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri)
◾Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k:     Jumlah Bantuan RM900

◾Ansuran Pertama : Februari 2018 - RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
◾Ansuran Kedua : Jun 2018 - RM300 (RM200 : 28 April 2016)
◾Ansuran Ketiga : Ogos2018 - RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri)
◾Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan
    Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

Februari 2018 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)

Artikel berkaitan:
👉 Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan eBR1M 2018! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.