Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2018

Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2018|APA itu SPPIM? SPPIM singkatan kepada Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia yang merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan borang kebenaran berkahwin secara online sahaja.

Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2018

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2018

Berikut dikongsikan borang mohon kebenaran berkahwin secara online untuk panduan anda:

1. Anda perlu pergi ke laman Portal Rasmi
    SPPIM seperti berikut:
KLIK: 👉 SPPIM

2. Pilih pada bahagian 'Benar 
    Nikah Online'.

3. Anda akan dibawa ke laman Benar 
    Nikah Online. Bagi pemohon baru, sila
    klik pada pautan 'Permohonan Baru'.

4. Kemudian, anda dibawa ke laman
    'Syarat Permohonan Kebenaran Nikah 
    Online'.

5. Seterusnya, anda dikehendaki mengisi
    semua maklumat pengantin lelaki dan
    pengantin perempuan pada
    Borang Permohonan Kebenaran 
    Nikah Kahwin.

6. Setelah siap diisi dengan lengkap, anda
    perlu hantar permohonan.

7. Selepas anda Hantar, anda akan
    diberi 'No. Rujukan' anda.

8. Cetak borang BNO dan pastikan
    ditandatangani oleh 'Pemohon dan
    Penolong Pendaftar/Imam'.

9. Pastikan bawa dokumen sokongan
    lengkap kepada PAID.

Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online (BNO)

Berikut dikongsikan syarat permohonan kebenaran nikah online:

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

1.1 Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2 Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Semoga berjaya membuat permohonan kebenaran kahwin online!

1 comment:

  1. Kalau lupa no rujukan macam??? Mcm mne nak tahu no rujukan tu balik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.