Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2023 Seluruh Negeri



Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2023 Seluruh Negeri|APA itu SPPIM? SPPIM singkatan kepada Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia yang merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan borang berkahwin atau nikah online tahun 2023 menerusi Portal Rasmi SPPIM.

Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2018

Sedia maklum, permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Borang Permohonan Kebenaran Nikah Online 2023 Seluruh Negeri

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan kebenaran berkahwin atau nikah online tahun 2023 di seluruh negeri:

Borang Permohonan Nikah Online 2023

1. Layari ke Portal Rasmi SPPIM menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SPPIM

2. Pilih pada bahagian 'Benar Nikah Online'.

3. Anda akan dibawa ke laman Benar Nikah Online. Bagi pemohon baru, sila klik pada pautan 'Permohonan Baru'.

4. Kemudian, anda dibawa ke laman 'Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online'.

5. Seterusnya, anda dikehendaki mengisi semua maklumat pengantin lelaki dan pengantin perempuan pada Borang Permohonan Kebenaran Nikah Kahwin

6. Setelah siap diisi dengan lengkap, anda perlu hantar permohonan.

7. Selepas anda Hantar, anda akan diberi 'No. Rujukan' anda.

8. Cetak borang BNO dan pastikan ditandatangani oleh 'Pemohon dan Penolong Pendaftar/Imam'.

9. Pastikan bawa dokumen sokongan lengkap kepada PAID.

Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online (BNO) 2023

Berikut dikongsikan syarat permohonan kebenaran nikah tahun 2023:

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

1.1 Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2 Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Selamat membuat Permohonan Kebenaran Nikah Online tahun 2023! Semoga anda berjaya membuat permohonan nikah online!

3 comments:

  1. Kalau lupa no rujukan macam??? Mcm mne nak tahu no rujukan tu balik

    ReplyDelete
  2. nak tanya .. berapa lama tempoh borang permohonan lelaki sppim untuk diluluskan??

    ReplyDelete
  3. How to print (Borang)
    KEBENARAN BERKAHWIN LURA NEGERI JOHOR BAHRU PEREPUAN

    ReplyDelete

Powered by Blogger.