Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Mengundi Secara Online

Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Mengundi Secara Online|ADAKAH anda telah mendaftar sebagai calon pengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 14? Bagi yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihan raya pada masa akan datang, anda boleh daftar mengundi melalui kaedah dikongsikan dibawah.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS
👉 Panduan Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum

Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Mengundi Secara Online

Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Mengundi Secara Online

Berikut dikongsikan cara daftar mengundi dan semakan lokasi mengundi secara online:

Syarat Sebagai Pemilih

Berikut adalah syarat-syarat sebagai pengundi:

1. Warganegara Malaysia
2. Sudah mencapai umur 21 tahun
3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan     Raya di Malaysia

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A

1 - Sila pilih jenis Borang A sama ada dari
     Parti Politik atau Wakil Jabatan atau  
     Individu
2 - Senarai mengikut alamat terkini di JPN
3 - Pastikan Borang A diisi dengan betul.
4 - Borang A yang telah lengkap diisi dalam
     dua salinan hendaklah disertakan
     dengan salinan MyKad dan dihantar
     sendiri ke:

(A) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
(B) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
(C) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.

5 - Sila kepilkan salinan MyKad semasa
     menghantar permohonan
6 - Simpan satu salinan borang berkenaan
     sebagai bukti pendaftaran anda

Cara Mendaftar Melalui Pejabat Pos

Berikut dikongsikan cara mendaftar mengundi melalui pejabat pos:

1) Pertama kali, kena ambil nombor,  
     selepas nombor dipanggil cakap "saya
     nak daftar sebagai pengundi".

2) Berikan No. Kad Pengenalan anda.

3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya
    akan di key-in ke dalam computer.

4) Selepas borang telah siap diisi dan
    dicetak, anda hanya perlu turunkan
    tandatangan dan cap jari.

5) Selesai mendaftar sebagai pengundi.

Semakan Lokasi Mengundi Online

Berikut dikongsikan cara semakan lokasi mengundi secara online:

1. Pemohon perlu layari ke laman web
    rasmi SPR melalui pautan seperti berikut:
KLIK: http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan.

3. Kemudian, masukkan aksara captcha
    sebagai pengesahan.

4. Klik pada butang 'Semak' dan maklumat
    anda akan dipaparkan di screen.

Selamat mendaftar sebagai pengundi pilihan raya umum ke-14!

No comments

Powered by Blogger.