Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan

Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan|PERNAHKAH anda memohon nombor plat pendaftaran kenderaan? Bagaimana langkah mudah hendak memohon nombor plat pendaftaran kenderaan? Kali ini kami akan kongsikan 'Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan' untuk panduan anda.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Memohon Lesen Kenderaan Motor

Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan

Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan nombor pendaftaran kenderaan:

Kategori Nombor Pendaftaran


Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan

Dokumen Yang Diperlukan

◾NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

1. M.V. 10
2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
3. Bayaran deposit 50% daripada harga
    tempahan dan dikemukakan dengan
    bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas
    nama "Ketua Pengarah Pengangkutan
    Jalan Malaysia".
4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    (individu / syarikat) yang disahkan.
5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran
    Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan
    Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar
    Syarikat / Setiausaha Syarikat atau
    salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
6. Sampul surat bersetem dan beralamat
    sendiri.

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

1. M.V.10A
2. Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon /
    identiti pengenalan diri (pasport).
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran
    Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan
    Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar
    Syarikat / Setiausaha Syarikat atau
    salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

1. M.V.10B
2. Surat Permohonan.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon /
    identiti pengenalan diri (pasport)
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran
    Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan
    Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar
    Syarikat / Setiausaha Syarikat atau
    salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Keputusan:
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
4. Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
6. Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
7. Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
8. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

Harga Tempahan

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:

1. Nombor Bernilai Utama RM10,000
2. Nombor Menarik RM 2,000
3. Nombor Popular RM 300
4. Nombor Semasa RM 300

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan nombor pendaftaran kenderaan!

Sumber: JPJ

No comments

Powered by Blogger.