Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA

Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA|ADAKAH anda ingin menyambung pengajian di Universiti Awam (UA)? Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan MARA? Pasti ramai pelajar dan ibubapa yang sedang mencari panduan tentang mengisi borang permohonan pinjaman MARA.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Mudah Permohonan Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA

Untuk makluman anda, pastikan anda mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA dengan cara yang betul dan teratur. Ia sangat penting untuk membantu anda supaya permohonan pinjaman MARA anda diproses dengan cepat dan seterusnya diberikan kelulusan.

Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA

Berikut dikongsikan Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA:

TATACARA PENGISIAN BORANG PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

1. Pelajar perlu ke laman web seperti
    berikut: http://eduloan.mara.gov.my
    untuk menyemak permohonan Tawaran
    BERSYARAT samada berjaya atau tidak
2. Sekiranya berjaya anda perlu mencetak
    maklumat‐maklumat berikut:

Sila lengkapkan maklumat di bawah mengikut turutan:
◾ Cetak Arahan
◾ Cetak Surat Tawaran
◾ Buku Perjanjian
◾ Cetak Buku Panduan
◾ Cetak Surat Iringan
◾ Cetak Panduan Mengisi Maklumat
      Penjamin
◾ Sila Semak Butir-Butir Penjamin

3. Baca dan faham arahan yang telah
    diberikan seperti yang ditetapkan dalam       panduan Cetak Arahan.

4. Semua salinan hendaklah dibuat diatas         kertas A4 berwarna putih dan bersaiz           80gsm sahaja.

5. Pastikan anda menulis menggunakan           Ball Pen Hitam / Biru sahaja dan
    sebarang penggunaan Liquid Paper  
    (cecair / dryline) TIDAK      
    DIBENARKAN sama sekali.

6. Pelajar diwajibkan mencetak:
◾ Surat Tawaran sebanyak 4 salinan iaitu :
‐ Salinan Pertama ‐ Salinan Penuntut
‐ Salinan Kedua ‐ Salinan Pihak MARA
- Salinan Ketiga ‐ Salinan Pihak MARA
‐ Salinan Empat ‐ Salinan Penjamin

◾Buku Perjanjian Pinjaman Pelajaran
    MARA
‐ Perlu dicetak sebanyak 4 salinan lengkap
‐ Dan dimatikan setem di LHDN (Lembaga     Hasil Dalam Negeri) sahaja
‐ Tarikh pada muka hadapan buku ialah
  Tarikh Matikan Setem di LHDN
‐ Mula isi di m/s 2 no 2 (jumlah pinjaman    
  dalam bentuk perkataan dan nombor)
‐ M/S 5 no 16, iaitu no bil MARA dan Tarikh
  Surat Tawaran dikeluarkan (rujuk pada  
  surat tawaran pelajar)
‐ M/S 6 tandatangan Pelajar, Saksi (Pegawai
  Kerajaan Kumpulan A contoh seperti
  Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Jaksa    
  Pendamai etc. dan sila pastikan mereka
  menyertakan cop rasmi Jawatan &
  Jabatan) dan tandatangan penjamin  
  pelajar
‐ M/S 7, no 1 ialah Tarikh Matikan Setem di
  LHDN, no 2 & 3 ialah maklumat pelajar         dan penjamin

◾ Buku Panduan Tawaran Pinjaman
      MARA
‐ Lengkapkan dari M/S 2 hingga 11 sahaja
‐ Abaikan maklumat penjamin ke dua
   * M/S 3 (BPPM/B/01)
‐ Bil MARA merujuk kepada no MARA  
  pelajar yang terdapat di bahagian atas
  sebelah kanan surat tawaran pinjaman
‐ Nama dan Alamat bank mestilah CIMB
  (selain daripada itu tidak dibenarkan)
‐ No Akaun isi dibahagian (ii) Simpanan
‐ Tarikh pula merujuk kepada Tarikh Surat
  Tawaran dikeluarkan
‐ Tandatangan Saksi merujuk kepada
  Pegawai Kerajaan Kumpulan A contoh
  seperti Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat,
  Jaksa Pendamai etc. dan sila pastikan
  mereka menyertakan cop rasmi Jawatan &    Jabatan).
‐ Lampirkan bersama dengan salinan KP    
  pelajar yang disahkan oleh Saksi tersebut.
* M/S 4 (BPPM/B/02) dan 5 (BPPM/B/03) isi
   seperti yang dinyatakan
*M/S 6 (BPPM/B/04), maklumat untuk m/s
  ini boleh didapati di Salinan Surat
  Tawaran MARA pelajar.
* M/S 7 (BPPM/B/05), maklumat ini perlu
   diisi oleh penjamin pelajar . Syarat untuk
   menjadi penjamin boleh rujuk pada m/s  
   22.
‐ Hanya seorang penjamin sahaja
  diperlukan dan sila pastikan penjamin  
  tersebut mengikut syarat yang ditetapkan
  dan tidak disenarai hitam oleh MARA
* Sila abaikan m/s 8 , m/s 10 dan m/s 12           (maklumat penjamin kedua)
* M/S 9 (BPPM/B/06) diisi oleh penjamin dan    mendapatkan pengesahan dari majikan
   sekiranya berkerja kerajaan / swasta
   ataupun dari Ketua Kampung, Pengerusi      JKKK, Penghulu, Jaksa Pendamai dan
   Adun sahaja sekiranya bekerja
   sendiri/pencen & pastikan pengesahan
   tersebut lengkap dengan cop jawatan &
   jabatan.

◾ Surat Iringan / Surat Perjanjian
      Pinjaman Pelajaran MARA
‐ Cetak dalam 4 helaian
‐ Isikan Nama & Alamat Pelajar serta
  Penjamin (abaikan penjamin II)
‐ Bil Mara ialah No MARA pada Surat
  Tawaran
‐ Bil Tuan abaikan
‐ Tarikh mengikut Tarikh Matikan Setem di
  LHDN

◾ Sila kemaskini kembali maklumat
      penjamin dan No Akaun Bank CIMB  
      Pelajar di  http://eduloan.mara.gov.my
      (iaitu di no 7. Sila Semak Butir‐Butir
      Penjamin) dan buat cetakan m/s ini dan
      lampirkan bersama dengan Salinan
      Muka Depan Buku Akaun / Penyata
      Bank CIMB pelajar.

◾ Kesemua dokumen ini tidak boleh di
      stapler, ditebuk atau sebagainya dan
      hanya klip sahaja ketika menghantar di
      Unit HEMs.

◾ Sila ambil perhatian, tawaran ini
     hanyalah Tawaran Bersyarat sahaja dan
     bukan Tawaran Sebenar. Tawaran
     Sebenar akan diberikan setelah pihak
     MARA meneliti dokumen‐dokumen
     seperti yang diminta untuk
     dilengkapkan dengan cetakan
     permohonan terdahulu pelajar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengisi borang permohonan Pinjaman MARA! Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.