Panduan Mudah Membeli No. Pin Unik ID UPU



Panduan Mudah Membeli No. Pin Unik ID UPU|ADAKAH anda berminat menyambung pengajian di Universiti Awam (UA)? Bagaimana cara membeli No. Pin Unik ID UPU sebelum membuat permohonan UPU secara online? Untuk makluman anda, buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA, anda perlu mempunyai No. Pin Unik ID terlebih dahulu.

Artikel berkaitan:
👉 Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU
👉 Permohonan UPU Akademik 2020 Online

Panduan Mudah Membeli No. Pin Unik ID UPU

Kini, No. Unik ID UPU untuk permohonan UPU boleh dibeli melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui mesin ATM BSN, ataupun menggunakan perkhidmatan SMS Banking (pemegang akaun GIRO sahaja)

Panduan Mudah Membeli No. Pin Unik ID UPU

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan mudah membeli No. Pin Unik ID UPU di BSN:

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN dengan disertakan No. Kad Pengenalan dan duit bayaran sebanyak RM 15.60 tanpa caj GST.

2. ATM (Automated Teller Machine)
  • Masukkan Kad dan No. Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Selepas itu, jangan lupa cetak resit tersebut

Senarai Jenis Pembelian PIN

2. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
4. Permohonan Kolej Komuniti KPTM dan
    Politeknik
5. Permohonan UiTM
6. Permohonan UNISEL
7. Permohonan Pinjaman PTPTN
8. Melanjutkan pelajaran ke Pusat
    Perubatan Universiti Malaya

Info Penting:
Senarai pembelian No. Pin Unik di BSN boleh dirujuk di 👉 Portal BSN.

Semoga perkongsian Panduan Membeli No. Pin Unik ID UPU ini memudahkan pelajar membuat permohonan pengajian di Universiti Awam!

No comments

Powered by Blogger.