Panduan Mudah Permohonan Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)



Panduan Mudah Permohonan Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)|SEBELUM ini, pernah kami kongsikan mengenai Pinjaman PTPTN untuk kemudahan pelajar bagi menyambung pengajian. Bagaimanakah hendak sambung belajar jika duit tak ada? Berikut dikongsikan panduan Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) secara online buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Mudah Permohonan Pinjaman PTPTN
👉 Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA

Panduan Mudah Permohonan Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Mengapa MARA Menawarkan Pembiayaan Pendidikan Kepada Pelajar?

Matlamat tajaan MARA adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Jumlah Kadar Pembiayaan Yang Diberikan 

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman MARA

Pinjaman pelajaran MARA adalah dibawah SPiP Pinjaman Terbuka khusus untuk calon-calon bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMA) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam negara selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966. Pemohon wajib memenuhi syarat am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA seperti berikut :

1. Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

2. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.

3. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya

4. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

5. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah

6. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara

7. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan

8. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :

👉 Peringkat Dalam Negara
◾Diploma Tidak melebihi 35 tahun
◾Ijazah Tidak melebihi 40 tahun
◾Sarjana Tidak melebihi 45 tahun
◾PhD Tidak melebihi 45 tahun

👉 Peringkat Luar Negara
◾Ijazah Tidak melebihi 30 tahun
◾Sarjana Tidak melebihi 35 tahun
◾PhD Tidak melebihi 40 tahun

9. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem online eEduloan yang boleh dicapai di http://eduloan.mara.gov.my

10. Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.

Senarai IPT Dibawah Institut Pendidikan Mara (IPMA)

◾British Malaysia Institute
◾German-Malaysia Institute
◾Institute of Medical Science and
     Technology
◾Institut Kemahiran MARA (IKM)
◾Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
◾Kolej Polytech MARA KESEDAR
◾Kolej Polytech MARA Kota Bharu
◾Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Alor Setar
◾Kolej Polytech MARA Bangi
◾Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Ipoh
◾Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Kuala
     Lumpur
◾Kolej Polytech MARA Sdn Bhd Kuantan
◾Kolej Polytech MARA Semporna
◾Kolej Polytech MARA Batu Pahat
◾Malaysian France Institute
◾Malaysian Institute of Aviation
     Technology
◾Malaysian Institute of Chemical
     Engineering (MICET)
◾Malaysian Institute of Marine
     Technology Engineering (MIMET)
◾Malaysian Spain Institute
◾Royal College of Medicine Perak
◾UNIKL- IPROM
◾UNIKL- Business School
◾UNIKL- IRPS
◾UNIKL- MITEC
◾UNIKL- Malaysian Institute of  
     Information Technology (MIIT)

Cara Permohonan Pendahuluan Pinjaman MARA

1. Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web online06.mara.gov.my/ependahuluan/.

2. Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).

Dokumen Diperlukan Memohon Pinjaman Pendahuluan MARA

◾Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak oleh Pelajar dan disertakan (4 salinan) bersama-sama :
◾Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa
◾Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibu bapa.
◾Salinan penyata gaji dan salinan Borang BE (cukai pendapatan) terkini bagi ibu bapa / penjaga yang bekerja dengan majikan.
◾Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin yang mempunyai cop jawatan rasmi daripada Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu atau Imam Masjid Kariah yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai.
◾Surat tawaran (asal dan salinan) kemasukan ke IPMA

Adakah MARA Menawarkan Biasiswa Kepada Pelajar Cemerlang?

Ya, iaitu di bawah SPiP Program Khas. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya.

Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dan lain-lain. Pemilihan pelajar disaring berdasarkan kepada kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga.

Adakah Pinjaman MARA Boleh Ditukar Status Pinjaman Kepada Biasiswa?

TIDAK! tetapi akan mendapat jumlah pengurangan balik berdasarkan CGPA yang diperolehi. Pelajar hanya perlu memohon pengurangan balik pinjaman sahaja dibawah skim e-conversion. Klik di SINI untuk ke portal pengurangan balik pinjaman.

Bilakah Pembayaran Balik Pinjaman Selepas Tamat Pengajian?

Pembayaran balik pinjaman adalah selepas tempoh SETAHUN peminjam menamatkan pengajian. Klik di SINI untuk lihat cara pembayaran balik pinjaman MARA.

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan pembiayaan pengajian melalui Pinjaman MARA!

No comments

Powered by Blogger.