Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 2020 Melalui Sistem SPPIM



Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 2020 Melalui Sistem SPPIM|ADAKAH anda tahu bagaimana cara untuk memohon borang kebenaran kahwin atau nikah online? Untuk makluman anda, disini kongsikan satu perkhidmatan semakan secara online yang dinamakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). SPPIM merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Artikel berkaitan:
👉 Borang Permohonan Nikah Online 2020

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online Melalui Sistem SPPIM

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohanan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan runding cara.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 2020 Melalui Sistem SPPIM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mohon kebenaran berkahwin atau nikah online tahun 2020 melalui Sistem SPPIM:

Borang Permohonan Nikah Online 2020

1. Anda perlu layari ke laman Portal Rasmi
    SPPIM melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 MOHON DISINI

2. Kemudian, pilih pada bahagian 'Benar 
    Nikah Online'.

3. Anda akan dibawa ke laman Benar Nikah    Online. Bagi pemohon baru, sila klik pada
   pautan 'Permohonan Baru'.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online Melalui Sistem SPPIM

4. Setelah itu, anda dibawa ke laman
    'Syarat Permohonan Kebenaran Nikah 
     Online'.

5. Seterusnya, anda dikehendaki mengisi
    semua maklumat pengantin lelaki dan
    pengantin perempuan pada
    laman Borang Permohonan Kebenaran 
    Nikah Kahwin.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online Melalui Sistem SPPIM

6. Pastikan isi maklumat dengan tepat dan
    lengkap.

7. Setelah dihantar, anda akan dapat no. 
    rujukan anda. Simpan no. rujukan anda
    untuk akan datang.

8. Cetak borang BNO dan pastikan
    ditandatangani oleh pemohon dan
    penolong pendaftar/imam.

9. Pastikan dokumen sokongan lengkap
    sebelum dibawa kepada PAID

Status BNO

◾Isi Borang: Pemohon telah memohon kebenaran berkahwin
◾Menunggu Kelulusan Lelaki/Perempuan: BNO dalam tindakan PAID
◾Lulus: PAID telah meluluskan BNO
◾Gagal: Permohonan tidak berjaya

Syarat Kelayakan Permohonan Kebenaran Nikah Online (BNO) 2020

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan kebenaran nikah secara online:

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

1.1 Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2 Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan kebenaran kahwin/ nikah secara online!

1 comment:

  1. Assalam, sy nak tanya. Untuk kes sy, sy dari selangor dan pasangan perempuan dari kedah. Ada dua soalan:

    1. Sy isi borg 2A (permohonan nikah bg negeri slgr), setelah PAID slgr luluskan, beri dokumen kepada psgn, psgn isi SPPIM, BNO lulus, beri dokumen kepada PAID kedah, PAID kedah luluskan, nikah. Adakah betul proses ini?

    2. Untuk 3. Pemohon perempuan boleh.....adalah lulus. Sy tak jelas ayat perenggan ini, boleh jelaskan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.