Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2019 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2019 Online|ADAKAH anda pelajar Darjah 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018? Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP 2019 bakal dibuka mulai 29 November 2018 hingga tarikh tutup 5 Disember 2018. Permohonan kemasukan ke SMA MAIWP 2019 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi MAIWP.

Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting
Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2018 secara online:

◾ Tarikh Dibuka: 29 November 2018
◾ Tarikh Tutup: 5 Disember 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 SMA MAIWP

Syarat Permohonan SMA MAIWP 2019

Antara syarat kemasukan SMA MAIWP 2019 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Kelayakan minima 5A 1B dalam Ujian
    Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.     Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima      adalah 3A 3B.
3. Mendapat 5A 2B/ MUMTAZ dalam Ujian
    Pencapaian Sekolah Rendah Agama  
    (UPSRA) 2017 atau yang setara    
    dengannya.
4. Mempunyai asas pengajian Al-Quran  
    dalam bidang tilawah dan hafazan.
5. Keutamaan diberikan kepada anak-anak
    Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10%
    dibuka kepada anak-anak yang
    dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan.
6. Menghadiri sesi temuduga dan
    dikehendaki lulus:
- Hafazan dan Tilawah Al-Quran (khas
  untuk calon SMISTA)
- Ujian Kelayakan Tingkatan 1: Fardhu Ain,
  Jawi, Al-Quran dan Bahasa Inggeris
- Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Permohonan SMA MAIWP 2019 boleh hubungi di 03- 4047 9444 (En. Abdul Halim) atau email ke halim.sulaiman@maiwp.gov.my.
Atau:
Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 8, Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan Ke SMISTA MAIWP

Selamat membuat permohonan SMA MAIWP 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan SMA MAIWP 2019!

No comments

Powered by Blogger.