Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018 Online|ADAKAH anda pelajar Darjah 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017? Menerusi Portal Rasmi SMA Nilai, permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai Sesi 2018 bakal dibuka mulai 23 November 2017 hingga tarikh tutup 29 November 2017. Permohonan kemasukan ke SMA Nilai 2018 boleh dibuat secara online.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan Ke SMISTA MAIWP 2018 Online
👉 Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting
Permohonan Kemasukan Ke SMA Nilai Sesi 2018 merangkumi tarikh penting, syarat dan proses permohonan SMA Nilai:

◾ Tarikh Dibuka: 23 November 2017
◾ Tarikh Tutup: 29 November 2017
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 MOHON SMAN

Tarikh Penting Permohonan SMA Nilai

◾Tarikh buka permohonan secara online:
    23 November 2017
◾Tarikh tutup permohonan di e-MOHON:
     29 November 2017
◾Tarikh akhir penerimaan dokumen di
     pejabat SMA Nilai: 30 November 2017
◾Senarai nama pelajar yang layak untuk
     temuduga akan dipaparkan disini:
     Disember 2017
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk
     calon perempuan. Calon diminta
     membawa pensel 2B, kelengkapan alat
     tulis lain dan senaskhah Al-Quran
     Terjemahan: 9 Disember 2017
◾Temuduga dan Ujian Penilaian untuk
     calon lelaki. Calon diminta membawa
     pensel 2B, kelengkapan alat tulis lain
     dan senaskhah Al-Quran Terjemahan: 10      Disember 2017
◾Keputusan permohonan diumumkan.
     Senarai nama pelajar yang terpilih akan
    dipaparkan di laman web e-MOHON dan
     surat tawaran boleh diambil di pejabat
     SMA Nilai: 18 Disember 2017
◾Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2017:
     Januari 2018

Syarat Kemasukan SMA Nilai 2018

Berikut adalah syarat kemasukan SMA Nilai 2018:

◾Mampu membaca dan menulis jawi;
◾Mampu membaca Al-Quran dengan
     lancar;
◾Mengetahui asas bahasa Arab;
◾Sekurang-kurangnya memperolehi 3A
     dalam UPSR serta tiada D/E; DAN
◾Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK,
     atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
   
Proses Permohonan

◾Isi borang permohonan di e-MOHON di alamat http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan (23 November 2017 - 29 November 2017).

◾Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

◾Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:

*Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
*Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan   isteri penjaga pemohon
*Salinan keputusan UPSR
*Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
*Salinan sijil berhenti sekolah

◾Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

◾Penghantaran melalui kaedah lain (contoh: kiriman pos, faks, atau e-mel) TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.

◾Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Permohonan SMA Nilai 2018 boleh hubungi:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 606-7991826
Faks: 606-7996931

Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMA Nilai Sesi 2018!

No comments

Powered by Blogger.