Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019 Online

Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019 Online|PANDUAN buat pelajar lepasan Diploma/setaraf yang ingin membuat pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) 2019 telah dibuka mulai 1 November hingga tarikh tutup 30 November 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan Ke UTHM
👉 Permohonan Kemasukan Ke UTM

Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2018 Online

Selain pengambilan pelajar oleh UUM, terdapat juga beberapa UA yang menawarkan second intake iaitu UM, UTM, UIAM, UMK, UiTM, UTHM dan UPSI.

Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan aplikasi permohonan UUM ambilan Februari 2019 secara online:

◾Tarikh Dibuka: 1 November 2018
◾Tarikh Ditutup: 30 November 2018
◾Aplikasi Semakan:
KLIK: 👉 http://asisonline.uum.edu.my/online_app/menu_apply.aspx

Cara Permohonan UUM Februari 2019 Online

Calon dinasihatkan membaca lampirannlampiran-lampiran berikut dalam bentuk PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara online:

1. Lampiran A - Program Yang Ditawarkan
2. B - Syarat Am dan Syarat Khas
3. C - Bayaran Wang Proses
4. D - Senarai Semak

Syarat Am Permohonan Kemasukan UUM

Antara syarat permohonan kemasukan UUM adalah seperti berikut:

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

- Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan

- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Keputusan UUM Sesi Februari 2018

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah
Tel: 04 928 3323/3324/3334/3335/3309
Fax: 04-9283305
e-mel: heanet@uum.edu.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019!

1 comment:

  1. Salam, boleh ambil info dari blog tuan? Banyak maklumat yang menarik dan ianya terkini pula....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.