Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018|
ADAKAH anda pelajar Darjah 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017? Perhatian, menerusi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka sehingga 8 Disember 2017.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018

Untuk makluman anda, Asrama 1Malaysia (A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama yang berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Borang Permohonan A1M 2018

Klik link dibawah untuk muat turun borang:

Borang Permohonan A1M 2018 Tingkatan 1
Brosur A1M 2018
Borang Pengakuan Pendapatan

Syarat Permohonan A1M 2018 Tingkatan 1

1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA
    MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada     2018 sahaja.

2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah
    atau sederhana.

3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.

4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh
    PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di
    mana pemohon belajar.

5. Calon yang menerima tawaran ke
    Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di
    sekolah yang ditawarkan di dalam pakej
    Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid
    keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak     KPM/ sekolah berhak menukarkan murid     ke Sekolah Menengah penempatan ke
    Tingkatan 1 semasa murid memohon.

6. Setiap permohonan hendaklah
    disertakan SATU salinan dokumen yang
    telah disahkan seperti berikut:
a) Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan     ibu bapa
b) Salinan Keputusan UPSR 2017
c) Sijil Berhenti Sekolah
d) Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan  
     bapa
e) Salinan sijil-sijil aktiviti
    akademik/kokurikulum
f) Borang Pengesahan Pendapatan (jika
    tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
    Keputusan Jawatankuasa Pemilihan
    adalah MUKTAMAD

Maklumat Permohonan A1M 2018

◾Syarat-syarat permohonan memasuki
     A1M adalah seperti di dalam Borang
     Permohonan.
◾Semua permohonan akan dinilai oleh
     Jawatankuasa Pemilihan peringkat
     Kementerian Pendidikan Malaysia.
◾Permohonan yang berjaya akan
     dimaklumkan melalui surat dan
     pendaftaran masuk ke A1M dijangka  
     pada hari Selasa, 2 Januari 2018 - Selasa
     (Tingkatan 1)
◾Semua permohonan yang lengkap
     hendaklah dihantar ke alamat seperti di
     bawah pada atau sebelum 8 Disember 
     2017 (Jumaat):

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya

Selamat mencuba membuat permohonan kemasukan ke A1M 2018! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.