Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online

Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online|APA itu skim PR1MA? PR1MA ialah singkatan kepada Perumahan Rakyat 1Malaysia yang bertujuan mengalakkan golongan berpendapatan sederhana memiliki hartanah kediaman. Bagi umur sekurang-kurangnya 21 tahun dan menepati kriteria kelayakan seperti ditetapkan, anda boleh membuat permohonan PR1MA. Kediaman PR1MA terletak di kawasan berkomuniti, mempunyai pelbagai jenis dan saiz dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama 2018 Online
👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online

Untuk makluman anda, permohonan PR1MA boleh dibuat secara online. Malah, PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup pendaftaran.

Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia Online

1. Anda perlu mendaftar akaun terlebih
    dahulu pada pautan berikut:
KLIK: 👉 Daftar Akaun PR1MA

2. Setelah dapat ID Pengguna dan Kata
    Laluan, pemohon boleh akses sistem
    borang permohonan online.

3. Anda perlu ke pautan berikut untuk login     sistem permohonan PR1MA:
KLIK: 👉 https://register.pr1ma.my/Account/Login

Keputusan Permohonan Rumah PR1MA

1. Keputusan cabutan undi akan
    diumumkan di http://www.pr1ma.my/

2. Kepada pemohon yang berjaya diundi
    akan dihubungi melalui emel dan SMS.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA 

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 21 tahun ke atas semasa
     permohonan dibuat
◾Individu atau keluarga dengan
     pendapatan isi rumah purata bulanan
     antara RM 2,500 - RM 10,000.
◾Pemohon atau pasangannya tidak
     memiliki lebih satu hartanah
◾Tertakluk pada garis panduan tambahan      mengikut negeri

Senarai Negeri/Wilayah Kediaman PR1MA

KLIK: 👉 Kediaman PR1MA Mengikut Wilayah Negeri

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online
👉 Permohonan Rumah Selangorku Online

Cara Hubungi PR1MA

Sebarang pertanyaan mengenai Rumah PR1MA boleh hubungi di talian 03-7962 4374 atau emel info@pr1ma.my.
Atau:-
KLIK: 👉 Facebook Rasmi PR1MA

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.