Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2019 Online

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2019 Online|PANDUAN buat anda yang gemarkan membawa keluarga pergi melancong atau bercuti. Kini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk penjawat awam iaitu kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) yang ingin pergi bercuti dengan kadar kos sewa yang rendah. Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan dan apa-apa berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah kini lebih mudah dengan wujudnya Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH).


Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Terdapat 2 kategori Rumah Peranginan Persekutuan iaitu kategori premier dan eksekutif. Rumah Kategori Premier hanya boleh diduduki oleh penjawat awam Gred 48 dan ke atas sahaja. Manakala Rumah Kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred.

Contoh Suasana Rumah Peranginan Persekutuan

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online


Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Masa Pendaftaran Masuk dan Keluar

Pendaftaran Masuk:
👉2 - 5 petang (Isnin - Khamis)
👉2.45 - 5 petang (Jumaat)
👉2 - 5 petang  (Sabtu - Ahad)

Pendaftaran Keluar:
👉12 tengahari (Isnin - Ahad)

Kelayakan Memohon Rumah Peranginan Persekutuan

Antara kelayakan permohonan Rumah Peranginan Persekutuan adalah seperti berikut:

👉 Perkhidmatan Awam Persekutuan
👉 Perkhidmatan Awam Negeri
👉 Pesara yang memiliki Kad Pesara
      Kerajaan

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2019 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online menerusi SBBPH:

1. Anda perlu layari ke laman web yang
    tertera seperti berikut:
KLIK 👉 www.bph.gov.my

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

2. Anda perlu lengkapkan pendaftaran
    terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh
    LOGIN dengan menggunakan myID dan
    Kata Laluan sementara yang diberikan.

Nota:
*Perlu diingatkan menukar kata laluan anda setelah berjaya LOGIN

3. Pilih tab RPP Premier/Eksekutif

4. Anda boleh pilih 'Rumah Peranginan
    Persekutuan' yang ingin dimohon

👉Rumah Peranginan Persekutuan
    Eksekutif Bukit Fraser
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Cameron Highlands
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Morib
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Port Dickson
👉Rumah Peranginan Persekutuan
    Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Pulau Pinang
👉Rumah Peranginan Persekutuan
     Eksekutif Tasik Kenyir

5. Kemudian, masukkan tarikh pilihan
    untuk tempahan.

6. Jika ada kekosongan anda akan dibawa
    paparan seterusnya.

7. Langkah seterusnya adalah memasukkan     butiran tempahan. Klik 'TEMPAH 
    SEKARANG' dan paparan mengenai
    peraturan RPP akan muncul.

8. Selepas itu, anda baru boleh buat
    bayaran penuh untuk pengesahan
    tempahan. Sila buat pembayaran dalam
    tempoh 7 hari bagi mengelakkan
    pembatalan.

Nota:
*Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit

9. Pastikan anda mencetak butiran
    pengesahan tempahan.

Kadar Sewa

Kadar sewa mengikut jenis rumah yang mahu disewa. Berikut adalah kadar sewa RPP Premier dan Eksekutif:

1. Kadar Sewa Rumah Peranginan
    Persekutuan Premier

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

2. Kadar Sewa Rumah Peranginan
    Persekutuan Eksekutif

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Tarikh Pembukaan Tempahan Online

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan 2018 Online

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online!

No comments

Powered by Blogger.