Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2019

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2019|HASIL pembentangan Bajet Belanjawan Negeri Selangor 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor terus komited meneruskan program Skim Smart Sewa Selangor bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut. Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif dan skim baru yang lebih berinovasi untuk membolehkan rakyat Selangor mempunyai akses kepada perumahan yang berkualiti, selesa dan mampu milik.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MyDeposit Skim Pembiayaan Rumah Pertama
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 merupakan program Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana menyewa rumah selama minima 2 tahun dan maksima 5 tahun.

Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri akan meneruskan skim ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM 50 juta. Melalui skim ini, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit-unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa. Unit-unit kediaman tersebut akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) untuk disewakan kepada orang awam yang berkelayakan.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2019

Berikut dikongsikan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Skim Smart Sewa Selangor:

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Smart Sewa Selangor

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2019:

◾Warganegara Malaysia
◾Berusia 18 tahun ke atas dan
     berkeluarga atau mempunyai
     tanggungan
◾Pendapatan sesi keluarga kurang
     daripada RM5,000.00
◾Pemohon atau suami / isteri tinggal atau
     bekerja di Negeri Selangor
◾Pemohon tidak mempunyai atau
     memiliki kediaman di Selangor; atau
     mempunyai kediaman tetapi terletak
     melebihi 50km daripada tempat sewa
     dipohon dengan syarat tempat kerja
     pemohon hendaklah dalam lingkungan
     25km perjalanan.
◾Pemohon merupakan pengundi di Negeri      Selangor
◾Tempoh penyewaan :
- Maksimum 5 tahun
- Minimum 2 tahun
◾Deposit (bergantung pada kadar sewa
     semasa):
- Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) +
  Caj Utiliti + Lain2 caj

Cara Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2019

Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Smart Sewa Selangor tahun 2019:

◾Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi pautan di http://phssb.com/borang/

◾Atau boleh diambil di pejabat PHSSB melalui alamat seperti berikut:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

◾Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Atau:-
Scan dan Email ke: smartsewa@phssb.com

Info:
* Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com

Selamat membuat permohonan Skim Smart Sewa Selangor tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.