Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2024 Online (Semakan Status)



Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2024 Online (Semakan Status)|APA itu Skim Smart Sewa Selangor? Hasil pembentangan Bajet Belanjawan Negeri Selangor 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor terus komited meneruskan program Skim Smart Sewa Selangor bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut. Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif dan skim baru yang lebih berinovasi untuk membolehkan rakyat Selangor mempunyai akses kepada perumahan yang berkualiti, selesa dan mampu milik. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Sedia maklum, Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 merupakan program Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana menyewa rumah selama minima 2 tahun dan maksima 5 tahun. Melalui skim ini, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit-unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Smart Sewa Selangor beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Syarat Kelayakan Smart Sewa Selangor 2024

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Permohonan Skim Smart Sewa Selangor:

◾Warganegara Malaysia
◾Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
◾Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00
◾Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
◾Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
◾Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor
◾Tempoh penyewaan :
- Maksimum 5 tahun
- Minimum 2 tahun
◾Deposit (bergantung pada kadar sewa semasa):
- Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Cara Permohonan Smart Sewa Selangor 2024 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Smart Sewa Selangor tahun 2024:

◾Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi pautan di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Atau:-
Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke:

Pejabat Pengurusan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat Bawah, Blok A,
PPR Kg. Baru Hicom, Jalan Bukit Belimbing 26/38,
40400, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel:03 5102 9612

Atau:-
Scan dan Email ke: smartsewa@phssb.com

Info Penting:
Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Semakan Status Skim Smart Sewa Selangor 2024

Berikut dikongsikan Semakan Status Skim Smart Sewa Selangor 2024 Online:

*Akan dikemaskini

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1Malaysia
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi di talian 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com

Selamat membuat permohonan Skim Smart Sewa Selangor tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat Skim Smart Sewa Selangor!

No comments

Powered by Blogger.