Borang Permohonan Online Dana Bakti Remaja TOM 2019



Borang Permohonan Online Dana Bakti Remaja TOM 2019|BILAKAH tarikh permohonan Dana Remaja 2019 bakal dibuka? Berita baik buat warga Terengganu permohonan Dana Transformasi Orang Muda (TOM) 2019 dijangka akan dibuka secara online mulai bulan Disember 2018. Sedia maklum, Dana Transformasi Orang Muda diberikan kepada golongan muda berumur dari 21 hingga 40 tahun dan berstatus bujang sahaja.

Borang Permohonan Online Dana Bakti Remaja TOM 2018

Pemohonan yang telah siap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) masing-masing untuk tandatangan dan pengesahan. Untuk makluman anda, penyerahan bantuan akan diagihkan kepada penerima mulai bulan Januari 2019.

Kategori Permohonan Dana Bakti Remaja

Terdapat 4 kategori yang dibuka kepada warga Terengganu seperti berikut:

◾Saf Orang Muda (SOM)
◾Komuniti Orang Muda (KOM)
◾Sukan Orang Muda (SuKOM)
◾Perantau Orang Muda (PrOM)

Borang Permohonan Online Dana Bakti Remaja TOM 2019

1. Pemohon perlu mengisi borang secara
    online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 iDANATTB

Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama dokumen salinan seperti berikut:

◾Kad Pengenalan Pemohon
◾Slip Gaji
◾Bagi yang tiada slip gaji, kemukakan
     Surat Pengakuan Pendapatan yang
     disahkan Pengerusi JKKK atau Penghulu
     Mukim

Syarat Permohonan Dana Bakti Remaja 2019

Antara syarat permohonan Dana Bakti Remaja adalah seperti berikut:

◾Pemohon mestilah rakyat negeri
     Terengganu SAHAJA
◾Berumur 21 hingga 40 tahun
◾Belum berkahwin (bujang) pada tarikh
     permohonan dibuat
◾Pemohon mestilah pengundi berdaftar
     Terengganu
◾Jumlah pendapatan bulanan tidak
    melebihi RM 1,500 sebulan. Pengiraan
    gaji adalah berdasarkan gaji pokok
◾Pemohon mestilah mendapat
     pengesahan dari J3K setempat SAHAJA
◾Pemohon terlibat dalam salah satu
     badan sukarela di Negeri Terengganu
◾Kerajaan negeri berhak menolak
     permohonan dan meminda syarat-syarat      diatas dari semasa ke semasa tanpa
     sebarang notis

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Dana Bakti Remaja TOM tahun 2019!

No comments

Powered by Blogger.