Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018|
ADAKAH anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2018? Bilakah tarikh rayuan BR1M 2018 boleh dibuat? Berita baik buat pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M 2018. Untuk makluman anda, permohonan rayuan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 3 April hingga 31 Mei 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online
👉 Tarikh dan Jadual Pembayaran BR1M 2018

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Permohonan rayuan BRIM 2018 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuklah Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan pemohon.

Tarikh Penting Permohonan Rayuan BR1M 2018

Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan rayuan BR1M 2018:

◾ Tarikh Dibuka: 3 April 2018
◾ Tarikh Ditutup: 31 Mei 2018

Pemohon perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan rayuan bersama dokumen berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Permohonan rayuan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Rayuan BR1M BK-07 dalam bentuk PDF.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi mereka yang mempunyai tanggungan ialah seperti berikut:

◾Sijil/ surat pengesahan cerai oleh Jabatan
    Agama Islam Negeri/ JPN/ JAKOA/ Tuai
    Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua Kaum/
    Ketua komuniti bagi pasangan (jika status
    perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal)
    atau bagi mereka yang di bawah
    tanggungan ibu/ bapa (jika status
    perkahwinan ialah bujang); ATAU
◾Sijil/ surat pengesahan kematian oleh
     JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua
     Peribumi @ Ketua kaum/ Ketua komuniti
     bagi pasangan (jika status perkahwinan
     ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi
     mereka yang di bawah tanggungan ibu/
     bapa (jika status perkahwinan ialah
     bujang); DAN
◾Sijil lahir tanggungan/ daftar anak
     angkat/ sijil lahir pemohon atau
     dokumen bukti pertalian hubungan jika
     ibu bapa tidak memohon; ATAU
◾Surat hak penjagaan tanggungan oleh
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/
    Mahkamah/ Agensi yang dilantik oleh
    kerajaan (jika berkenaan).

Bagi yang ingin ketahui tarikh dan jadual pembayaran BR1M 2018, anda boleh rujuk DISINI.

Selamat membuat permohonan rayuan BR1M 2018! Semoga anda berjaya dalam rayuan!

No comments

Powered by Blogger.