Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018|UJIAN MedSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah ujian saringan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018

MEdsi telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdsi yang terdiri daripada sekumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Format Ujian MEdsi

◾Terdiri 300 soalan dan dijawab
     dalam masa 1 Jam
◾Mempunyai 4 bahagian
◾Bahagian 1 : Personaliti 110 item
◾Bahagian 2 : Minat kerjaya 60 item
◾Bahagian 3 : Nilai intergriti 70 item
◾Bahagian 4 : Kecerdasan emosi 60 item
◾MEdsi adalah berbentuk aneka pilihan

Kelayakan Menduduki Ujian MEdsi

◾ Lepasan STPM/setaraf untuk mengikuti
      Program Ijazah Sarjana Muda
      Pendidikan
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk
     mengikuti Program Diploma Pendidikan
     Lepasan Ijazah (DPLI)

Panduan Menduduki Ujian MEdsi

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK
    atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di
    laman Web www.mpm.edu.my

2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI
   adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI
   ketika mengisi permohonan on-line
   kemasukan pelajar melalui laman web
   www.mohe.gov.my

3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga
    melalui laman web MPM (Majlis
    Peperiksaan Malaysia).

4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk
    menduduki MEdSI.

5. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang
    memohon Program Pendidikan pada
    pilihan 1 dan 2 sahaja ketika
    permohonan on-line dahulu.

6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti
    untuk menguji MINAT CALON
    TERHADAP PROFESSION KEGURUAN,
    INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan .
    PERSONALITI GURU.

7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 
    SOALAN dan perlu dijawab dalam masa      1 jam.

8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA
    atau TIDAK sahaja.

9. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila
    pengambilan pelajar dibuka dan secara
    AUTOMATIK ujian MEdSI akan
    ditawarkan jika calon memohon Program
    Pendidikan pada pilihan 1 dan 2
    bergantung kepada kelayakan calon
    samada memenuhi syarat program yang
    dipohon atau tidak.

10. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali
      menduduki sahaja.

11. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada
      calon-calon yang memohon kemasukan
      ke Program Pendidikan seperti ISMP
      (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan
      DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan
      Ijazah).

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdsi





Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada calon yang menduduki ujian MEdsi!

No comments

Powered by Blogger.