Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat|APA itu bantuan e-Kasih? e-Kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan bagi membantu dan membasmi masalah kemiskinan. Menerusi Portal Rasmi e-Kasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500 (bandar) dan RM 1,000 (luar bandar) sebulan layak memohon borang e-Kasih secara online.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Borang 1AZAM 2018

Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Komponen data e-Kasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Berikut dikongsikan cara daftar dan semakan permohonan borang e-Kasih secara online buat panduan anda:

1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi e-
    Kasih melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Login.aspx

Semakan Permohonan Pendaftaran e-Kasih Online

Berikut dikongsikan cara semakan permohonan pendaftaran e-Kasih secara online:

1. Untuk membuat semakan pendaftaran,
    anda perlu klik DISINI.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik
    pada butang 'Klik Untuk Cari'.

Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Senarai Layak Mendaftar e-Kasih

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500 (bandar) dan RM 1,000 (luar bandar) sebulan.

Ciri-Ciri Utama e-Kasih

Antara ciri-ciri utama e-Kasih adalah:

1. Semakan status kemiskinan secara online
2. Penyelarasan maklumat bantuan
3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan
    secara online
4. Pengiraan Status Kemiskinan
    (miskin/miskin tegar) secara automatik
     berdasarkan Pendapatan Garis
     Kemiskinan (PGK) per kapita
5. Penjanaan laporan dan statistik
    kemiskinan
6. Poverty mapping dan pemantauan
    kemiskinan

Selamat membuat permohonan borang e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat! Semoga anda berjaya dalam membuat permohonan e-Kasih!

No comments

Powered by Blogger.