Harga Bayaran Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024 (Harga Upah)



Harga Bayaran Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024 (Harga Upah)|BERAPAKAH kos atau harga tunai ibadah haji bagi tahun 2024? Untuk makluman anda, kos atau bayaran menunaikan haji pada tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah sebanyak RM12,356 bagi setiap jemaah Malaysia. Walaupun berlakunya kenaikan kos tunai haji, namun kos tetap dikekalkan seperti sebelumnya bagi setiap jemaah haji Malaysia. Berikut dikongsikan Harga Bayaran Kos Tunai Haji 2024 buat rujukan anda.

Harga Bayaran Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024 (Harga Upah)

Sedia maklum, kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji. Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Harga Bayaran Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024 (Harga Upah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga bayaran kos tunai Haji tahun 2024/ 1445H termasuk harga pergi haji dan harga upah haji:

Harga Kos Tunai Haji Malaysia Tahun 2024

Berikut dikongsikan harga sebenar bayaran kos tunai Haji bagi jemaah Malaysia tahun 2024/ 1445H:

- Kos haji seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun 2024 ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun 2023.

- Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

- Kerajaan akan tanggung RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40.

Harga Bayaran Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024 (Harga Upah)

Harga Upah Haji Tabung Haji Tahun 2024

Berikut dikongsikan Harga Upah Haji Tabung Haji Tahun 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji
👉 Kadar Dividen Tabung Haji

Semoga perkongsian ini memudahkan anda mengetahui harga bayaran kos tunai haji bagi tahun 2024!

No comments

Powered by Blogger.