Panduan Mengisi e-Filing Borang Cukai Pendapatan LHDN Online

Panduan Mengisi e-Filing Borang Cukai Pendapatan LHDN Online|ADAKAH anda seorang pembayar cukai atau income tax? Apa itu e-Filing? E-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) LHDN secara online melalui internet. Sebelum dapat mengisi e-Filing, anda perlu pergi ke LHDN untuk mendaftar cukai dan mendapatkan nombor cukai.

Panduan Mengisi e-Filing Borang Cukai Pendapatan LHDN Online

Panduan Mengisi E-Filing Borang Cukai Pendapatan LHDN Online

1. Pertama kali, anda perlu pergi Portal
    Rasmi ezHASIL seperti berikut:
KLIK: 👉 https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx

2. Isikan No. Kad Pengenalan dan Kata 
    Laluan. Klik pada butang 'Hantar'.

Panduan Mengisi e-Filing Borang Cukai Pendapatan LHDN Online

3. Bagi yang kali pertama isi, klik Login Kali
    Pertama. Klik butang e-filing dan
    seterusnya e-borang.

4. Pilih borang yang dikehendaki.
    Kemudian, pilih tahun taksiran, terpapar
    segala maklumat individu.

5. Isikan segala pendapatan berkanun
    pengajian. Selepas siap isi, klik
    Perlepasan/Rebat/Tolakan 
    Cukai/Pelepasan Cukai.

6. Isi pada bahagian ruangan yang
    sepatutnya. Bila siap diisi, klik
    RUMUSAN.

7. Selepas confirm semua maklumat yang
    diisi, klik Tandatangan & Hantar secara
    online.

8. Simpan dan cetak pengesahan borang 
    untuk kegunaan masa depan.

Cara Login Borang E-Filing

1. Anda perlu masukkan No. PIN dan No. 
    Kad Pengenalan. Klik pada butang
    'Hantar'.

Info:
◾No. PIN boleh di dapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.

◾Pastikan anda salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian:

Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1800-88-5436
Emel: callcentre@hasil.gov.my
Waktu Bekerja: 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin hingga jumaat)

Selamat mengisi borang e-filing cukai pendapatan LHDN! Semoga anda berjaya mengisi!

1 comment:

  1. Terima kasih sharing. Saya baru saja daftar ezhasil bulan lepas. Walaupun belum layak bayar cukai, tetapi berminat hendak daftar awal.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.