Permohonan Bantuan Anak Selangor 2019 Online

Permohonan Bantuan Anak Selangor 2019 Online|BERITA baik buat semua warga Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi ganjaran sebanyak RM 1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM 3,000 ke bawah yang berjaya melanjutkan pendidikan ke institut awam/swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Bantuan Anak Selangor ini hanya diberikan kepada anak dari negeri Selangor sahaja.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Online
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Permohonan Bantuan Anak Selangor 2018 Online

Untuk makluman anda, bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank penerima yang diisi dalam proses permohonan.

Permohonan Bantuan Anak Selangor 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan, syarat-syarat kelayakan permohonan dan dokumen diperlukan:

1. Pemohon perlu layari ke Laman Web
    Rasmi melalui pautan berikut:
KLIK 👉 HPIPT SELANGOR

2. Pemohon boleh membaca Manual
    Panduan Permohonan (Online) menerusi
    laman web tersebut sebagai rujukan.

3. Permohonan yang telah lengkap beserta
    lampiran dokumen hendaklah
    dikemukakan kepada Urus Setia melalui
    serahan tangan atau pos di alamat seperti     berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,
40503 Shah Alam.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Anak Selangor

1. Permohonan adalah terbuka kepada
    Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri
    daripada rakyat DYMM Sultan Selangor
    Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-
    kriteria seperti berikut:
I. Pemohon lahir di Negeri Selangor;
II. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri
     Selangor;
III. Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor       tetapi telah menetap dan bersekolah di
      Negeri Selangor melebihi tempoh 11
      tahun.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk     melanjutkan pengajian secara sepenuh
    masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS     yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi
    pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
    Muda atau Diploma sahaja*.

4. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di
    IPT bagi memulakan sesi pengajian.

5. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa / Penjaga
    pemohon berjumlah RM3,000 dan ke
    bawah sahaja.

Senarai Lampiran Dokumen Diperlukan

1. Sijil Kelahiran
◾ Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

2. Kad Pengenalan
◾Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
◾Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
     pemohon;
◾Salinan Sijil Kematian sekiranya telah
    meninggal dunia;
◾Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya
     berkaitan; dan
◾Surat Akuan Sumpah sekiranya
     berkaitan;                                                    

3. Surat Pengesahan Pemastautin                   ◾Surat Pengesahan Mastautin daripada
    ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan
    Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT
    (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor
    sahaja);
                                     
4. Surat Tawaran
◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan
     daripada IPT;                                                                                                                                 5. Sijil Berhenti Sekolah
◾ Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-
      6 dan Menengah 1-5) bagi kelahiran
      bukan di Negeri Selangor sahaja;                                                                                               6. Penyata Pendapatan atau Pengesahan
    Pendapatan
◾ Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji
      Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika
      masih bekerja); atau
◾Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan
     Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja
     sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan
     pengesahan ADUN /   Penghulu /
     Pengerusi JKKK / Ketua Kampung /
     Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua
     Blok /   Pengerusi KRT; atau
◾Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen
     terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon
     (jika pesara kerajaan)                                                                                                                     7. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.
No. Telefon : 03-55447385 / 03-55212306
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my

Selamat membuat permohonan Bantuan Anak Selangor tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.