Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BR1M 2018 Online

Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BR1M 2018 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan dan kemaskini BR1M 2018? Bagaimana cara membuat permohonan baru BR1M tahun 2018? Permohonan baru dan kemaskini terkini boleh dilakukan secara online dan melalui manual. Permohonan BR1M 2018 boleh dibuat secara online mulai 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017.

Artikel berkaitan:
👉 Borang Permohonan eBR1M 2018 Online
👉 Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Permohonan Baru dan Cara Kemaskini BR1M 2018 Online

UNTUK makluman anda, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan dikekalkan kadar bantuan kewangan.

Permohonan BR1M 2018 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat pentinh meliputi tarikh permohonan, cara dan aplikasi permohonan BR1M 2018 secara online:

◾ Permohonan baru online dan kemaskini       BRIM 2018 telah dibuka mulai 27 
      November hingga 31 Disember 
      2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/

◾ Tarikh permohonan baru dan kemaskini
      telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 
      2018. (TERKINI)

Permohonan BR1M 2018 Secara Manual (Guna Borang)

◾ Borang permohonan BRIM 2018 boleh
      didapati melalui Pejabat Cawangan dan
      Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam
      Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat
      Hasil Dalam Negeri, Jabatan
      Pembangunan Persekutuan, Jabatan
      Kebajikan Masyarakat, Jabatan
      Penerangan serta agensi kerajaan dan
      muat turun di portal rasmi e-BR1M.

◾ Borang permohonan yang telah lengkap
     diisi dengan sempurna boleh dihantar ke      Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC,
     Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum
     tarikh tutup.

Cara Kemaskini BR1M 2018

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BR1M 2018:

1. Secara Online

◾Layari portal rasmi e-BR1M di
KLIK: 👉 https://ebr1m.hasil.gov.my/
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik
     kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan
     maklumat anda.

2. Secara Manual

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

◾Pergi ke Portal rasmi e-BR1M,
     https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun
     di menu Borang) ATAU
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat
     LHDN
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN,
     Jabatan Pembangunan Persekutuan,
     Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
     Jabatan Penerangan.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2018:

◾Warganegara Malaysia yang menetap di        Malaysia sahaja
◾Lelaki atau perempuan yang menjadi
     ketua kepada isi rumah / ahli yang
     tinggal serumah dengan jumlah
     pendapatan kasar bulanan isi rumah
     RM4,000 dan ke bawah
◾Warga emas sebatang kara (berumur 60
     tahun dan ke atas) dengan jumlah
     pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan
     ke bawah
◾Bujang yang berumur 21 tahun dan ke
     atas dengan jumlah pendapatan kasar
     bulanan RM2,000 dan ke bawah
◾Tidak termasuk pelajar yang diberi Kad
     Debit Pelajar

Artikel berkaitan:
👉 Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Selamat membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M tahun 2018! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.