Permohonan Borang 1AZAM 2018

Permohonan Borang 1AZAM 2018|
APA itu program 1AZAM? Program 1AZAM singkatan kepada Akhiri Zaman Miskin diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Program 1Azam termasuk Azam Niaga dan Azam Khidmat telah menarik pelbagai individu untuk menyertai sebanyak 20 perniagaan mikro yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jumlah peruntukan hampir RM48 juta yang telah diperuntukkan kepada KPWKM juga telah digunakan dalam melaksanakan program 1 Azam yang melibatkan kos barangan peralatan program.

Artikel berkaitan:
👉 Daftar Permohonan Borang e-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Permohonan Borang 1AZAM 2018

Untuk makluman anda, terdapat 4 jenis program di bawah 1Azam iaitu Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani. Setiap projek mempunyai fokus berbeza bergantung kepada keperluan peserta bagi membantu mereka keluar dari paras kemiskinan.

Permohonan Borang 1AZAM 2018

Berikut dikongsikan cara permohonan program 1Azam untuk panduan anda:

Mereka yang layak boleh mendaftar untuk program 1Azam di Pejabat Pembangunan  Negeri yang terdekat.

Syarat Kelayakan Permohonan Program 1AZAM

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program 1Azam:

◾Individu adalah seorang warganegara
     Malaysia.
◾Individu telah didaftarkan dengan sah
     sebagai salah satu peserta eKasih bagi
     kategori Miskin atau Miskin Tegar.
◾Individu memperolehi pendapatan
     minimum sebanyak RM1,500 sebulan
     bagi kategori Bandar dan RM1,000
     sebulan bagi kategori Luar Bandar.
◾Individu berusia antara 18 sehingga 55
     tahun.
◾Individu mempunyai minat,
     berpengalaman, dan berkemahiran
     dalam menjalankan perkhidmatan dan
     perniagaan secara skala kecil yang telah
     ditetapkan oleh KPWK.

Selamat membuat permohonan borang 1Azam 2018! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.