Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online

Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online|BILAKAH tarikh permohonan program khas peduli siswa dibuka? Program khas ini telah dilaksanakan bagi anak kelahiran selangor yang menuntut di universiti awam. Program Khas Peduli Siswa ini telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada pelajar di 5 buah universiti berkenaan yang terlibat iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Selangor.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online
👉 Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2018 Online

Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam.

Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh permohonan, aplikasi permohonan, syarat kelayakan dan kadar pembiayaan Program Peduli Siswa:

◾ Tarikh Permohonan:
👉 1 - 28 Februari 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 DAFTAR PEDULI SISWA

*Keputusan pemohonan anda adalah dua minggu selepas tarikh tutup permohonan

Syarat Kelayakan Permohonan Program Peduli Siswa

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

A) Syarat Am

i.  Pemohon dan ibu bapa merupakan
    warganegara Malaysia;
ii. Pemohon, ibu atau bapa lahir di
    Selangor; atau
iii. Pemohon telah bermastautin lebih
     daripada lima (5) tahun di Selangor;
iv. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian
     sepenuh masa di peringkat Diploma /
     Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan
     di Universiti Awam berikut:

a.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
     (Kampus Gombak)
b.  Universiti Kebangsaan Malaysia
     (Kampus Bangi)
c.  Universiti Putra Malaysia (Kampus
     Serdang)
d. Universiti Teknologi MARA (Kampus
    Shah Alam / Puncak Alam / Puncak
    Perdana)

v. Pemohon bukan pelajar tahun akhir
    pengajian atau diberikan lanjutan
    tempoh pengajian.

B) Syarat Akademik

i. Diploma
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5)
  kepujian dalam mana-mana mata           
  pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan
  kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

ii. Ijazah Sarjana Muda
 - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas /
   Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma             
   dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke
   atas; atau 
 - Memperoleh sekurang-kurangnya empat
   (4) Gred C dalam mana-mana mata       
   pelajaran di peringkat STPM; atau
 - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5)
   kelulusan (jayyid) dalam mana-mana             mata pelajaran di peringkat STAM.

iii. Ijazah Perubatan
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan
  Pembedahan / Pergigian / Veterinar di            Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Pembiayaan 

Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan mengikut peringkat pengajian:

Sijil: RM 4,000
Diploma: RM 4,900
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai): RM 6,500
Ijazah Perubatan: RM 7,000


Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online

Selamat membuat permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018! Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.