Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online|ADAKAH anda penduduk asal dari negeri Johor? Apa itu Skim Rumah Mampu Milik Johor? Untuk makluman anda, skim ini dibuka kepada rakyat Johor atau yang telah menetap di Johor lebih dari 5 tahun dan berumur dari 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM 8,000.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Selangorku LPHS Online
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

Terdapat TIGA jenis rumah yang ditawarkan dalam skim ini iaitu Rumah Komuniti Jenis A RM 42,000, Rumah Komuniti Jenis B RM 80,000 dan Rumah Komuniti Jenis C RM 150,000 - RM 220,000.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan, syarat kelayakan dan dokumen penting:

1. Pemohon hendaklah mendaftar akaun
    baru bagi yang belum mempunyai akaun
    melalui pautan berikut:
KLIK: 👉 eRumah Johor

2. Kemudian, login akaun SUKJ, kemaskini
    akaun dan maklumat peribadi yang
    tepat.

3. Pilih Mukim dan Kategori Rumah dan 
    hantar permohonan.

4. Hanya pemohon yang layak sahaja akan
    diberi pemberitahuan serta membawa
    dokumen penting.

Bagi yang ingin mengisi borang secara manual, anda perlu muat turun melalui link seperti berikut:
KLIK: 👉 Borang Manual Rumah Mampu Milik Johor

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Johor:

◾Warganegara Malaysia, menetap selama
     5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun
     ke atas
◾Berkahwin/Bujang layak memohon
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     RKR selama 5 tahun ke atas layak
     memohon rumah kedua
◾Hanya satu permohonan bagi pasangan
     suami/isteri
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon
     rumah kedua iaitu RMMJ
◾Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi
     Kedai Kos Sederhana Rendah
◾Pemohon/pasangan yang telah memiliki
     rumah kos sederhana/rumah mewah
     tidak LAYAK memohon
◾Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu
     Milik adalah SETAHUN dari tarikh
     pendaftaran

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan seperti berikut:

◾Slip Gaji
◾Surat Pengesahan Kerja

Dokumen-dokumen sokongan dan akuan sumpah perlu dihantar ke Pej.SUK Perumahan Iskandar Puteri, UTC Galeria@Kotaraya ataupun Cawangan Pej.Perumahan di daerah-daerah.

Borang Baucer RM 1,000

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online

1. Anda perlu mengisi borang baucer RM
    1,000 dengan muat turun borang DISINI.

2. Baucer ini akan diberi semasa pembeli
    mengambil kunci rumah yang ingin
    diduduki.

3. Baucer tersebut boleh dituntut daripada
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
    (Bahagian Perumahan).

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Selamat membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor tahun 2018! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.