Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2020 Online



Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2020 Online|ADAKAH anda berminat mempunyai kediaman rumah sendiri? Program pemilikan rumah mampu milik dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah peluang anda memiliki kediaman rumah sendiri sebagai rumah pertama. Objektif program ini dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2018 Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan, syarat kelayakan permohonan dan ciri rumah RMR1M:

1. Pertama kali, anda perlu mendapatkan
    borang permohonan melalui Pejabat
    Wakil Rakyat atau menerusi laman
    sesawang SPNB
    di https://rmronline.spnbmesra.com.my

2. Anda perlu mengisi dan melengkapkan
    borang permohonan.

3. Kemudian, hantarkan borang tersebut
    kepada Mesra bersama dokumen lengkap
    menerusi Pejabat Cawangan.

4. Borang permohonan anda akan dinilai
    oleh SPNB MESRA samada LAYAK atau
    TIDAK LAYAK.

5. Sekiranya syarat permohonan anda
    diluluskan, anda akan dinilai pula oleh
    SPNB DANA sebagai syarat pinjaman.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2018 Online

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia:

◾Warganegara Malaysia.
◾Berumur 18 hingga 65 tahun*.
◾Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
◾Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
◾Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada/ gadaian sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
◾Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
◾Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Info:
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

Jenis dan Ciri Rumah RMR1M

Berikut adalah jenis dan ciri rumah RMR1M:

1. Rumah Sesebuah 1 Tingkat 1000 KPS

Harga: RM 65,000
Keluasan: 1000 kps
Bilik: 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan: RM 20,000/ 2% kadar faedah pinjaman

2. Rumah Sesebuah 1 Tingkat 850 KPS

Harga: RM 55,000
Keluasan: 850 kps
Bilik: 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan: RM 17,500/ 2% kadar faedah pinjaman

3. Rumah Sesebuah 1 Tingkat 700 KPS

Harga: RM 45,000
Keluasan: 700 kps
Bilik: 2 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan: RM 15,000/ 2% kadar faedah pinjaman

Contoh Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2018 Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB 2018 Online

Artikel Berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB Online

Cara Hubungi

Sebarang petanyaan boleh hubungi:

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8 Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 1300-80-3838
Email: aduan@spnb.com.my

Selamat membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) 2020 secara online!

1 comment:

  1. Macam mane nak tahu status permohonan rumah mesra rakyat sy...untuk makluman pihak spnb...rumah pertama diatas 1 geran telah pun selesai dibina jd sy buatbpermohonan utk rumah kedua..dlam geran yg sama...mohon pihak spnb beri maklumbalas...terima kasih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.