Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online|SKIM Peduli Sihat telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Disember 2016. Matlamat skim ini diwujudkan bagi memastikan penduduk Negeri Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif. Skim Peduli Sihat ini diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator dengan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Bantuan Anak Selangor 2018 Online
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat di mana membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan di klinik berdaftar mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Peduli Sihat Selangor secara online untuk panduan anda:

1. Muat turun Borang Pendaftaran Kad
    Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor
    melalui pautan berikut:
KLIK: 👉 PEDULI SIHAT

2. Kemudian, isikan maklumat yang
    diperlukan dengan lengkap.

3. Scan dokumen lampiran dalam bentuk
    format PDF.

4. Hantar borang yang telah diisi ke Pejabat     ADUN yang berdekatan
    atau provider@pedulisihat.com

Bagi yang ingin mengisi borang secara manual boleh dimuat turun DISINI.

Kriteria Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor

Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu:

Untuk kategori A iaitu keluarga, pemohon mestilah :

◾Warganegara Malaysia
◾Suami / isteri beserta anak-anak yang
     berkelayakan
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah
     menetap di Selangor sekurang-
     kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM3000
     sebulan

Untuk kategori B iaitu individu, pemohon mestilah :

◾Berumur 21 tahun yang berkelayakan
◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah
     menetap di Selangor sekurang-
     kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM1500
     sebulan

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan:

◾Borang pendaftaran Skim Peduli Sihat
     salinan kad pengenalan ( untuk ketua
     keluarga / individu )
◾Salinan kad pengenalan, mykid atau
     surat kelahiran ( untuk tanggungan
     isteri/anak-anak )
◾Salinan slip gaji/ pencen ( untuk
     penjawat awam dan pesara kerajaan )
◾Salinan penyata EA atau KWSP ( untuk
     pekerja swasta atau bekerja sendiri )

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Program Khas Peduli Siswa 2018 Online
👉 Semakan Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di:

SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 - 5525 6600
No. Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

Semoga perkongsian ini memudahkan anda membuat permohonan Skim Peduli Sihat Selangor! Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.