Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Cara Kemaskini)



Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Cara Kemaskini)|APA itu Skim Peduli Sihat Selangor? Skim Peduli Sihat telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Disember 2016. Sedia maklum, matlamat skim ini diwujudkan bagi memastikan penduduk Negeri Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif. Skim Peduli Sihat ini diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator dengan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Bantuan Anak Selangor
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat di mana membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan di klinik berdaftar mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Cara Kemaskini)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kad Peduli Sihat Selangor beserta syarat kelayakan permohonan dan cara kemaskini:

Cara Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020

1. Muat turun Borang Pendaftaran Kad
    Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor
    melalui pautan berikut:
KLIK 👉 PEDULI SIHAT

2. Kemudian, isikan maklumat yang
    diperlukan dengan lengkap.

3. Scan dokumen lampiran dalam bentuk
    format PDF.

4. Hantar borang yang telah diisi ke Pejabat     ADUN yang berdekatan
    atau provider@pedulisihat.com

5. Bagi yang ingin mengisi borang secara
    manual boleh dimuat turun DISINI.

Syarat Kelayakan Kad Peduli Sihat Selangor 2020

Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu:

Untuk kategori A iaitu keluarga, pemohon mestilah :
◾Warganegara Malaysia
◾Suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM3000 sebulan

Untuk kategori B iaitu individu, pemohon mestilah :
◾Berumur 21 tahun yang berkelayakan
◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
◾Pendapatan isi rumah antara RM1500 sebulan

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan:

◾Borang pendaftaran Skim Peduli Sihat salinan kad pengenalan ( untuk ketua keluarga / individu )
◾Salinan kad pengenalan, mykid atau surat kelahiran ( untuk tanggungan isteri/anak-anak )
◾Salinan slip gaji/ pencen ( untuk penjawat awam dan pesara kerajaan )
◾Salinan penyata EA atau KWSP ( untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri )

Cara Kemaskini Kad Peduli Sihat Selangor 2020

*Akan dikemaskini

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Program Khas Peduli Siswa
👉 Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi di:

SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 - 5525 6600
No. Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

Selamat membuat permohonan Kad Peduli Sihat Selangor tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.