Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2024 Online



Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2024 Online|APA itu skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor? Bilakah tarikh permohonan skim TUNAS Selangor tahun 2024 bakal dibuka? Sedia maklum, Skim Bantuan Tadika Selangor merupakan satu lagi program MES yang berkait rapat dengan pendidikan. Sebelum ini ada Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan kini TUNAS, skim Bantuan Tadika Selangor. Berikut dikongsikan Permohonan Skim TUNAS Selangor 2024 buat rujukan anda.
Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2018 Online

Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor. Program subsidi yuran tadika sebanyak RM50.00 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak. 

Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan TUNAS Selangor beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan TUNAS Selangor 2024 Online

◾Pemohon perlu muat turun borang pendaftaran secara manual menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php

◾Borang Pendaftaran 'Online' ini hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :

i. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang dipohon
ii. Salinan MyKad Ibu dan Pasangan
iii. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat atau Cerai atau Sijil Kematian Pengesahan Ibu Tunggal atau Sakit (jika perlu)
iv. Bagi kes-kes khas sila sertakan dokumen sokongan atau surat akuan sumpah
v. Salinan bil air dan elektrik atau TM atau Astro atau muka depan buku merah ibu (BAGI PEMOHON BUKAN KOD 10/43)
vi. Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi pemohon bukan MyKad 10/43)
vii. Slip gaji pemohon dan pasangan (PENGESAHAN PENDAPATAN BAGI YANG BEKERJA SENDIRI ATAU TIDAK BEKERJA/ SURI RUMAH)
viii. Cop Pengesahan Tadika tempat anak belajar

◾Permohonan yang tidak menghantar dokumen sokongan bersama borang permohonan selengkapnya akan dianggap tidak berjaya @ tidak berminat untuk meneruskan permohonan  berikut.

◾Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari Tarikh Pendaftaran Online dilakukan dan dihantar ke alamat berikut :

Mana-mana Pusat Khidmat DUN yang terdekat :
ATAU
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS),
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03-5481 8800

Syarat Kelayakan Permohonan Skim TUNAS Selangor 2024

TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warganegara Malaysia (seperti yang
     tertera di MyKad)
2. Sama ada:
a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor
    dan sedang menetap di Selangor
b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan
     sedang menetap di Selangor
c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di
    Selangor secara sah sekurang-kurangnya
    5 tahun. Perlu mendapat pengesahan
    bermastautin daripada Ketua Kampung /
    Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan
    / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak
    Berkuasa Tempatan di kawasan tempat
    tinggal.
3. Pendapatan seisi rumah RM2,500 ke
    bawah
4. Suami dan isteri bekerja atau tidak
    bekerja
5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

Permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor 2018 Online

Senarai Tadika di Negeri Selangor

KLIK 👉 SENARAI TASKA

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Skim Kad Peduli Sihat
👉 Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor
👉 Semakan Status Skim TUNAS

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan TUNAS, boleh hubungi di:

Rantaian Mesra Sdn Bhd
Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Persiaran Kayangan, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03 - 5481 8800
Faks: 03 - 5524 2068

Selamat membuat permohonan Skim TUNAS Bantuan Tadika Selangor tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.