Permohonan SMKA dan KAA Putrajaya Tingkatan 4 2021 Online



Permohonan SMKA dan KAA Putrajaya Tingkatan 4 2021 Online|ADAKAH anda berminat menyambung pembelajaran di SMKA/KAA Putrajaya Tingkatan (4) bagi tahun 2021? Bilakah tarikh permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Putrajaya 2021 bakal dibuka? Untuk makluman anda, permohonan kemasukan SMKA/KAA Putrajaya 2021 dijangka akan dibuka secara online pada bulan Disember 2020.

Permohonan SMKA dan KAA Putrajaya Tingkatan 4 2018 Online

Permohonan SMKA dan KAA Putrajaya Tingkatan 4 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan, tarikh penting dan syarat kemasukan SMKA & KAA Putrajaya:

◾ Tarikh Dibuka: *Akan dikemaskini
◾ Tarikh Ditutup: -
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 Borang Online SMKA/KAA

Syarat Kemasukan SMKA/KAA Putrajaya 2021

Antara syarat kemasukan SMKA/KAA Putrajaya adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Murid dari :
– Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
   (SMKA);
– Kelas Aliran Agama (KAA);
– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
– Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);
– Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
– Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS); 3. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain
    (PAFA)

Syarat Akademik SMKA Putrajaya 2021

◾Memperolehi keputusan Pentaksiran  Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:

i. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B
dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabih Al-
Muasirah (Lisan atau Penulisan);
iii. Mencapai tahap minimum (Gred E) dalam mata pelajaran lain
iv. Sekurang-kurangnya Gred B dalam  PAJSK.
v. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

Syarat Akademik KAA Putrajaya 2021

◾Memperolehi keputusan Pentaksiran  Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:

i . Memperolehi Gred A dalam mana-mana  3 mata pelajaran;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Matematik dan Sains;
iii. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred  C dalam Bahasa Arab;
iv. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.
v. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Blok E2, Tingkat 7, Lobi 2. Parcel E, Putrajaya pada atau sebelum 29 Disember 2017 (Jumaat).

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Sila lampirkan bersama dokumen-dokumen penting seperti berikut:

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan in bapa yang DISAHKAN
3. Salinan keputusan PT3, PBS, PAJSK dan Psikometrik yang DISAHKAN

Semakan Keputusan SMKA/KAA Putrajaya Tingkatan 4 2021

◾Keputusan akan dikeluarkan selewat- lewatnya pada minggu akhir bulan Januari 2021.
◾Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya.

Selamat membuat Permohonan SMKA/KAA Putrajaya tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.