Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018|ADAKAH anda telah membuat permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 2018? PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Objektif PPA1M diwujudkan adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam. Harga jualan bagi rumah PPA1M adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.

Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Berikut dikongsikan semakan keputusan tawaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 2018:

1. Untuk membuat semakan, anda perlu
    pergi ke pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN PPA1M

2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan 
    Pemohon dan Kata Laluan yang betul.

3. Kemudian, klik pada butang 'CARIAN'
    dan maklumat tawaran akan dipaparkan
    di screen anda.

Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Cara Login PPA1M

1. Anda perlu pergi ke laman web seperti
    berikut:
KLIK: 👉 https://apps.ppa1m.gov.my/login

1. Masukkan No. Kad Pengenalan dan
    Kata Laluan yang DISAHKAN

3. Klik pada butang 'LOG MASUK'

Semakan Keputusan Tawaran PPA1M 2018

Jenis Rumah dan Saiz Ditawarkan

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPA1M ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my
https://www.ppa1m.gov.my/

Selamat membuat semakan keputusan tawaran PPA1M 2018! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.