Semakan No. Plat Kenderaan Terkini 2023 Online



Semakan No. Plat Kenderaan Terkini 2023 Online|ADAKAH anda berminat ketahui Nombor Plat kenderaan terkini bagi tahun 2023? Bagi yang merancang dan keinginan membeli kenderaan baru, anda patut membuat semakan No. Plat kenderaan terlebih dahulu. Untuk makluman anda, semakan Nombor Plat Kenderaan JPJ 2023 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut dikongsikan Semakan Nombor Plat Kenderaan JPJ 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan No. Plat Kenderaan Terkini 2022 Online

Sedia maklum, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mempunyai No. Plat baru iaitu V untuk KL dan untuk Putrajaya yang bermula pada 1 Jun 2016.

Semakan No. Plat Kenderaan Terkini 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan Nombor Plat kenderaan JPJ 2023 secara online termasuk cara tempahan:

Cara Semakan Nombor Plat JPJ 2023 Online

1. Layari laman web JPJ secara online di pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini

2. Kemudian, pilih Kawasan/Negeri.

3. Masukkan Kod Sekuriti dengan menulis semula imej nombor Captcha yang dipaparkan.

4. Keputusan carian akan memaparkan No. Pendaftaran Kenderaan terbaru yang boleh anda beli atau tempah.

Cara Tempahan No. Plat Kenderaan Terkini 2023

Setelah membuat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh membuat tempahan pendaftaran nombor tersebut secara online:

1. Di bawah hasil carian tersebut, dipaparkan ayat “Untuk beli nombor, sila klik di sini”.

2. Kemudian, klik pada perkataan “sini” dan anda akan di bawa ke halaman MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

3. Bagi pendaftaran akaun atau log masuk kali pertama, klik pada “Log Masuk”.

4. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki dan emel pengesahan akan dihantar kepada anda.

5. Anda perlu klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.

6. Tetapkan password atau kata laluan yang baru.

7. Seterusnya, klik dan anda boleh membuat Carian No. Pendaftaran.

8. Sekiranya nombor yang ada cari ada, maka anda boleh terus membeli tanpa membida.

9. Setelah menemui nombor yang diingini, anda boleh teruskan proses bayaran menggunakan perbankan internet atau kad kredit.

10. Sistem MySikap akan menghantar salinan resit yang mengandungi maklumat nombor pendaftaran JPJ yang anda tempah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan JPJ, sila hubungi di:

Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya

+60 3 8000 8000 (Umum)
+60 3 8881 0194 (Faks) (Umum)
+60 3 8881 0194 (Faks)

Artikel Berkaitan:

👉 Panduan Mohon Nombor Pendaftaran Kenderaan
👉 Harga Lesen Memandu Kenderaan

Semoga perkongsian Semakan No. Plat Kenderaan Terkini 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.