Semakan Tawaran Haji Tahun 2024 Online (Tarikh)



Semakan Tawaran Haji Tahun 2024 Online (Tarikh)|BILAKAH tarikh semakan tawaran Haji tahun 2024/ 1445H bakal diumumkan? Panduan buat pemohon Haji Malaysia yang telah mendaftar kursus Haji bagi tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan tawaran Haji tahun 2024 boleh dibuat secara online menerusi Aplikasi e-THIJARI atau Laman Web Thijari. Berikut dikongsikan Semakan Tawaran Haji Online tahun 2024 buat rujukan anda.

Semakan Tawaran Haji Tahun 2019 Online

Sedia maklum, Kos haji seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun 2024 ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun 2023. Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40. Kerajaan akan tanggung RM1,000 bagi seorang bakal haji kumpulan B40.

Semakan Tawaran Haji Tahun 2024 Online (Tarikh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Tawaran Haji Online termasuk semakan panggilan dan tarikh tawaran haji:

Cara Semakan Tawaran Haji 2024/ 1445H Online

1. Bakal jemaah haji Malaysia boleh layari Portal Rasmi www.thijari.com.my dan memuat naik Aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

2. Daftar THiJARI dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Klik menu ‘Perkhidmatan Haji’.

4. Klik ‘Semak Tawaran Haji’.

5. Kemudian, klik butang ‘Semak Tawaran’. Keputusan tawaran haji anda akan dipaparkan di screen.

Cara Semakan Panggilan Haji 2024 Online

Berikut dikongsikan cara semakan panggilan Haji tahun 2024 secara online:

1. Sebelum anda log masuk, anda perlu register akaun eThijari terlebih dahulu.

2. Selesai sudah register, anda log masuk
melalui pautan berikut:
KLIK 👉 https://www.thijari.com.my/


3. Selesai login, anda akan dibawa ke
halaman utama dan anda boleh memilih semakan apa yang ingin dibuat.

Info Penting:
*Semakan yang ingin dibuat pastikan anda register terlebih dahulu

Artikel berkaitan:

👉 Kadar Dividen Tabung Haji
👉 Semakan Jadual Penerbangan Haji
👉 Permohonan dan Contoh Surat Rayuan Haji

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tawaran Haji, sila layari pautan di www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Selamat membuat semakan tawaran haji secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran haji bagi tahun 2024!

Sumber: THIJARI

No comments

Powered by Blogger.