Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang Terhadap Pelajar di Sekolah

Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang Terhadap Pelajar di Sekolah|
BARU-baru ini menjadi viral di media sosial mengenai kes 'Cikgu Azizan' yang dilepaskan dari pertuduhan mencederakan muridnya. Untuk makluman anda, kini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan senarai denda dan hukuman yang dilarang terhadap pelajar sekolah.

Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang Terhadap Pelajar di Sekolah

Pengumuman senarai denda dan hukuman yang dilarang dari KPM ini bagi memastikan tiada kes penderaan yang berlebihan melibatkan guru dan pelajar. Ianya dibahagikan kepada DUA iaitu pertama hukuman terhadap fizikal dan yang kedua hukuman berbentuk mental dan emosi.

Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang KPM

Berikut dikongsikan bentuk hukuman yang dilarang samada secara fizikal, mental dan emosi ke atas pelajar:


A. Hukuman Terhadap Fizikal

◾Berdiri lama di tengah panas
◾Lari keliling padang
◾Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
◾Memukul diri sendiri/sesama sendiri
◾Berdiri di atas kerusi atau meja
◾Menarik rambut atau telinga
◾Belasah dengan alat seperti tali pinggang
     atau pembaris
◾Junjung kerusi/buku
◾Cubit/enjut/ketuk
     ketampi/mendada/ketuk/sekel kepala

B. Hukuman Terhadap Mental dan Emosi

◾Gunting rambut
◾Berdiri membuat latihan
◾Berleter
◾Gantung tulisan di badan
◾Memalukan di khalayak ramai
◾Kelas tahanan pada waktu rehat
◾Memaki hamun
◾Conteng muka dengan kapur
◾Koyak buku latihan
◾Mengugut atau mengertak murid
◾Tidak menghiraukan murid
◾Tidak menanda buku latihan

Semoga perkongsian Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang KPM ini memberi kefahaman kepada guru-guru di sekolah!

No comments

Powered by Blogger.