Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 2023 (BAP)



Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 2023 (BAP)|BILAKAH tarikh pembayaran bantuan awal persekolahan RM150 bagi tahun 2023? Melalui ucapan Bajet 2023 yang diumumkan baru-baru ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pada tahun 2023. Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 tahun 2023 buat rujukan anda.

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 2023 (BAP)

Sedia maklum, Bantuan Khas Awal Persekolahan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan sekolah pada awal tahun. Bantuan BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terus akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2023. Dalam Bajet 2023, kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid tanpa mengira had pendapatan.

Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 2023 (BAP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 termasuk permohonan, syarat kelayakan dan semakan: 

Tarikh Bayaran BAP RM150 Tahun 2023

◾ Tarikh Bayaran: *Dijangka awal bulan Januari 2023
◾ Jumlah Diterima: RM150

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2023

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan BAP adalah seperti berikut:

1. Mestilah Warganegara Malaysia

2. Murid/Pelajar yang bukan warganegara
    Malaysia, salah seorang ibu/bapa/penjaga
    mestilah warganegara Malaysia

3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan
    Sekolah Bantuan Kerajaan termasuk
    Sekolah Berasrama Penuh

Cara Permohonan BAP 2023 

- Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

- Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Semakan Status Bantuan Awal Persekolahan BAP 2023 Online

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2023 ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dan para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.