Borang Pendaftaran SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 Online



Borang Pendaftaran SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 Online|ADAKAH anda berminat menyertai program SL1M tahun 2018? Apa itu program SL1M? Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah satu program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapat pekerjaan yang disertai oleh 49 syarikat GLC dan swasta. Antara syarikat yang terlibat ialah Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB, CIMB, MAYBANK, MAS dan MBSB.

Borang Pendaftaran SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 Online

Untuk makluman anda, bagi graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang  diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri dalam tempoh maksimum 12 bulan. Kos elaun disediakan minimum RM 1,000 sebulan dalam tempoh latihan tersebut.

Borang Pendaftaran SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan dan syarat penyertaan SL1M:

Cara Permohonan SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 

1. Bagi yang ingin mendaftar, anda perlu
    mengisi maklumat yang diperlukan
    dengan lengkap:
KLIK: 👉 Borang Permohonan SL1M

2. Setelah siap diisi, tick pada kotak yang
    disediakan sebagai pengesahan.
    Kemudian, klik pada butang 'HANTAR'.

Syarat Penyertaan SL1M Skim Latihan 1Malaysia

1. Warganegara Malaysia
2. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah
    Sarjana Muda
3. Lepasan Institut Pengajian Tinggi dalam
    dan luar negara yang diiktiraf oleh
    Kerajaan Malaysia
4. Tidak mendapat pekerjaan selepas 6
    bulan menerima ijazah atau selepas
    menerima transkrip peperiksaan

Borang Pendaftaran SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri
Kompleks B, Blok B5, Aras 2,
62502 Putrajaya Malaysia
No. Tel:
03-88723376/5336/3393/3387 (Syarikat & Tender) 03-88723351/3379 (Umum)
Email: sl1m@epu.gov.my

Selamat membuat pendaftaran program SL1M Skim Latihan 1Malaysia tahun 2018!

No comments

Powered by Blogger.