Cara Semak dan Bayar Bil TM 2021 Terkini Online



Cara Semak dan Bayar Bil TM 2021 Terkini Online|ADAKAH anda pengguna TM Streamyx dan Unifi? Bagaimana cara membuat semakan dan bayaran bil TM streamyx dan Unifi? Untuk makluman anda, kini semakan dan bayaran bil TM boleh dibuat secara online di Portal MyTM. Dengan adanya MyTM ini, telah memudahkan anda membuat semakan, bayar bil selain membuat aduan mengenai perkhidmatan TM secara LIVE.

Cara Semak dan Bayar Bil TM Terkini Online

Sedia maklum, pembayaran boleh dilakukan secara FPX melalui beberapa bank seperti RHB, CIMB Clicks dan Maybank2u dan juga menggunakan kredit kad.

Cara Semak dan Bayar Bil TM 2021 Terkini Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan dan bayaran bil TM Streamyx dan Unifi secara online:

A) Semakan Bil TM Streamyx dan Unifi

1. Anda perlu login ke MyTM dengan
   memasukkan username dan password.

2. Kemudian, setelah anda login, klik pada
    bahagian 'Bills'.

3. Maklumat senarai bil TM anda akan
    dipaparkan di screen. Anda boleh muat
    turun bil tersebut dengan klik pada 'PDF
    Bill'.

B) Bayaran Bil TM Streamyx dan Unifi

1. Anda perlu login ke MyTM.

2. Pada bahagian menu, klik pada
   'Payment'.

3. Kemudian, klik pada 'Pay Now' dan akan
    dibawa ke bahagian pembayaran secara
    online.

4. Pilih kaedah pembayaran bil TM anda.

Bagi yang ingin mendaftar akaun MyTM, anda boleh mendaftar melalui pautan berikut: - DAFTAR MyTM

Semoga perkongsian Cara Semakan dan Bayaran Bil TM Streamyx dan Unifi secara online ini memberi manfaat untuk semua!

2 comments:

Powered by Blogger.